MALAYSIA
JHEIAPP tangkap lelaki warga asing, bongkar sindiket kutip derma khairat
Berdasarkan siasatan JHEAIPP, sindiket ini dipercayai telah aktif sejak dua bulan lepas dan mampu meraih purata kutipan antara RM150 dan RM250 sehari. - Foto PDRM
NIBONG TEBAL: Kegiatan warga asing yang mengutip derma khairat menggunakan surat kebenaran palsu terbongkar selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menahan seorang lelaki di sebuah masjid di Kampung Kepala Gajah, Simpang Ampat di sini malam tadi.
Ringkasan AI
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP Muhamad Helmi Rosley berkata tangkapan ke atas lelaki berusia 39 tahun itu dibuat pada 8 malam, hasil risikan sejak sebulan lepas susulan aduan oleh pejabat agama dan juga orang awam yang disalurkan melalui Facebook.
Beliau berkata kegiatan itu disyaki didalangi sindiket yang mempergunakan warga asing untuk mengutip derma di pasar malam serta pasar raya di seluruh negeri ini.
"Berdasarkan siasatan kegiatan ini dipercayai telah aktif sejak dua bulan lepas dan mampu meraih purata kutipan antara RM150 hingga RM250 sehari.
"Modus operandi digunakan dengan mempamerkan surat kebenaran palsu yang mempunyai kepala surat jabatan dan kononnya ditandatangani Pengarah JHEAIPP bagi meyakinkan orang ramai untuk menderma," katanya di sini hari ini.
Berdasarkan hasil kutipan, Muhamad Helmi berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kegiatan itu dijalankan oleh lebih daripada tiga individu, namun siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk bagi mengenal pasti ke mana wang kutipan berkenaan disalurkan.
Sebarang aktiviti kutipan derma bagi tujuan kebajikan perlu mendapat kebenaran dan kelulusan bertulis daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Beliau berkata JHEAIPP tegas dalam menangani isu kutipan derma, infaq dan khairat termasuk oleh ejen yang mengutip zakat untuk negeri lain di Pulau Pinang, kerana ia boleh menjejaskan hak golongan yang layak menerima zakat di negeri ini.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum menyalurkan sumbangan dan memastikan kesahihan surat kebenaran dengan pihak jabatan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga asing ditahan di masjid Simpang Ampat, Pulau Pinang kerana mengutip derma khairat menggunakan surat kebenaran palsu, hasil risikan JHEAIPP.
- Kegiatan sindiket ini dipercayai aktif dua bulan lalu, mengutip RM150-RM250 sehari di pasar malam dan pasar raya dengan menipu orang ramai menggunakan dokumen palsu.
- Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan memastikan kesahihan surat kebenaran sebelum memberi sumbangan, kerana kutipan derma tanpa kelulusan boleh menjejaskan hak penerima zakat di negeri ini.