KUALA LUMPUR: Bekas pegawai bank Singapura memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa berdasarkan pemerhatiannya, Jho Low adalah pihak atasan yang memberi kebenaran berhubung keputusan kewangan membabitkan pelaburan luar pesisir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam Brazen Sky Limited.
Bekas Ketua Perkhidmatan Pengurusan Kekayaan BSI Bank, Kevin Micheal Swampillai, 59, bersetuju dengan cadangan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa situasi itu menjadikan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho kelihatan lebih berkuasa, mengatasi dua pengarah 1MDB, Terence Geh dan Azmi Tahir.
Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa Brazen Sky adalah syarikat yang ditubuhkan pada 12 Julai 2012 di British Virgin Islands (BVI) sebagai transit atau jentera tujuan khas (SPV) untuk menghantar balik dana pelaburan 1MDB.
Saksi pendakwaan ke-44 itu berkata tanggapannya ialah Azmi dan Geh tidak diberi kuasa untuk membuat sebarang keputusan yang melibatkan transaksi itu dan mereka perlu merujuk kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi, yang diperhatikan menunjuk kepada Jho Low, ahli perniagaan yang kini dalam buruan.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Muhammad Shafee pada perbicaraan Najib dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Muhammad Shafee: Urusan di Brazen Sky tidak boleh bergerak melainkan Azmi dan Geh kata 'ya', tetapi apa yang kamu katakan dalam pernyataan saksi kami ialah Jho Low mengatasi mereka? Keputusan itu mengikut keputusan Jho Low?
Kevin: Ya.
Muhammad Shafee: Dalam pernyataan saksi, kamu juga menyatakan bahawa Najib adalah pihak berkuasa yang lebih tinggi yang kamu telah jelaskan sebagai andaian semata-mata, tetapi sekarang ini jawapan kamu kelihatan bercanggah dengan Perenggan 48 (pernyataan saksi) berhubung transaksi yang merujuk kepada 'pihak berkuasa lebih tinggi' sebagai Jho Low, di mana Jho Low mengatasi mereka (Azmi dan Geh)?
Kevin: Ya.
Muhammad Shafee: Ia bukan keadaan di mana perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu (Najib) mengatasi mereka (Azmi dan Geh)?
Kevin: Ya.
Kevin berkata beliau tidak akan menyangka Najib akan terlibat dalam urus niaga ini memandangkan ia adalah urusan operasi yang memerlukan pengurusan mikro.
Terdahulu, saksi itu mengulangi bahawa Jho Low telah mengancam untuk membawa perniagaan berkaitan 1MDB ke tempat lain setiap kali wakil BSI menekannya mengenai 1MDB untuk mendapatkan penjelasan atau soalan lanjut mengenai transaksi tersebut.
Beliau berkata Yak Yew Chee, yang pada masa itu merupakan pengurus perhubungan BSI, adalah individu utama yang berurusan dengan Jho Low berhubung isu berkaitan 1MDB.
"Saya tidak tahu di mana Yak ketika ini. Kali terakhir saya bertemu Yak di Singapura pada awal tahun ini," kata saksi itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa berdasarkan pemerhatiannya, Jho Low adalah pihak atasan yang memberi kebenaran berhubung keputusan kewangan membabitkan pelaburan luar pesisir 1MDB dalam Brazen Sky Limited. - Gambar fail
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.