MALAYSIA
Jho Low di Shanghai: AMK desak kerajaan segera bawa pulang watak penting skandal 1MDB
Jho Low kini dipercayai menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai, China dengan menggunakan pasport Australia palsu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan bahawa usaha mengesan dan membawa pulang Jho Low ke Malaysia perlu menjadi keutamaan kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang, memandangkan peranannya sebagai individu utama dalam skandal kewangan terbesar negara, 1MDB.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan, AMK menyatakan bahawa skandal 1MDB bukan sekadar isu politik tetapi telah memberi kesan langsung terhadap rakyat dan ekonomi negara, dengan kerugian dianggarkan mencecah USD18 bilion atau lebih RM82 bilion.
"Fokus utama kerajaan harus kekal kepada usaha membawa pulang Jho Low untuk menghadapi pertuduhan di Malaysia. Kehadiran dia di mahkamah adalah penting untuk melengkapkan proses keadilan dan mengembalikan aset negara yang telah dijarah.
"AMK menggesa kerajaan meningkatkan kerjasama dengan Interpol dan agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa untuk mempercepatkan penangkapan dan ekstradisi Jho Low. Tiada ruang untuk berkompromi dalam isu ini,” tegas kenyataan itu.
Menurut AMK, jumlah kerugian ini merupakan beban yang masih ditanggung oleh rakyat hingga ke hari ini, dan menjadi simbol pengkhianatan terhadap negara yang tidak boleh dimaafkan.
"AMK menyeru kepada semua pihak, terutamanya rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, untuk terus fokus kepada agenda reformasi institusi dan pengukuhan tadbir urus yang baik.
"Keutamaan kita adalah memastikan keadilan ditegakkan untuk semua rakyat Malaysia," ujarnya lagi.
Semalam, Astro AWANI melaporkan, Jho Low kini dipercayai menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai, China dengan menggunakan pasport Australia palsu.
Pendedahan ini dibuat dua wartawan penyiasatan yang terkenal kerana membongkar skandal kewangan terbesar dunia 1MDB, Bradley Hope dan Tom Wright dalam episod khas Finding Jho Low: Live with Bradley Hope & Tom Wright, pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan bahawa usaha membawa pulang Jho Low ke Malaysia perlu menjadi keutamaan kerajaan kerana peranannya sebagai individu utama dalam skandal 1MDB yang menyebabkan kerugian lebih RM82 bilion.
- AMK menggesa kerajaan memperkukuh kerjasama dengan Interpol dan agensi penguatkuasaan antarabangsa untuk mempercepatkan penangkapan dan ekstradisi Jho Low, serta menekankan kepentingan kehadirannya di mahkamah bagi melengkapkan proses keadilan dan pemulihan aset negara.
- AMK menyeru semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan agar terus fokus kepada agenda reformasi institusi dan tadbir urus yang baik. Pendedahan terbaru menunjukkan Jho Low dipercayai menetap di kawasan elit di Shanghai dengan menggunakan pasport Australia palsu.