awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang sasar pasang 5,000 CCTV di seluruh negeri menjelang Oktober
Sultan Pahang zahir kebimbangan isu pemberian taraf PR, kewarganegaraan
PRK Lamag rekod 55.16 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jho Low di Shanghai: Anwar akan semak dengan Menteri Dalam Negeri

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
19/07/2025
11:10 MYT
Jho Low di Shanghai: Anwar akan semak dengan Menteri Dalam Negeri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Pecah Tanah Kompleks MADANI Teluk Kumbar hari ini. - Bernama
TELUK KUMBAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung keberadaan ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, yang didakwa kini menetap di kawasan mewah "Green Hills" di Shanghai, China.
Anwar berkata, beliau ada membaca mengenai laporan berita berkenaan Jho Low namun akan membuat semakan maklumat dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
"Saya tak dapat maklumat. Saya belum dapat apa-apa maklumat. Saya ada baca saya akan semak dengan Menteri Dalam Negeri," jawab beliau ringkas.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan beberapa media antarabangsa yang memetik dua wartawan penyiasat — Bradley Hope dan Tom Wright — mendakwa bahawa Jho Low kini tinggal di Shanghai menggunakan identiti palsu dengan nama 'Constantinos Achilles Veis' serta pasport Australia palsu.
Pendedahan itu dibuat dua wartawan berkenaan yang membongkar skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Bradley Hope dan Tom Wright dalam episod khas Finding Jho Low: Live with Bradley Hope & Tom Wright, pada Jumaat.
Jho Low kekal sebagai suspek utama dalam skandal 1MDB dan dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia serta antarabangsa sejak 2018. Notis merah Interpol terhadapnya masih berkuat kuasa.
Setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kerajaan China berhubung keberadaan beliau.
Terdahulu, Anwar hadir pada majlis Pecah Tanah Kompleks MADANI Teluk Kumbar di Tapak Projek Kompleks Pasar MADANI Teluk Kumbar pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Jho Low
#Shanghai
#pasport palsu
#identiti baharu
#Anwar Ibrahim
#Low Taek Jho
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan