awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jika bukan intimidasi sila pulangkan telefon bimbit Rafizi" - Anwar

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
05/09/2022
06:18 MYT
"Jika bukan intimidasi sila pulangkan telefon bimbit Rafizi" - Anwar
Anwar Ibrahim berterima kasih kepada Ketua Polis Negara yang memberi maklum balas dan penafian terhadap kenyataannya berhubung tindakan polis terhadap timbalannya, Rafizi Ramli yang dilihat sebagai satu bentuk intimidasi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang memberi maklum balas dan penafian terhadap kenyataannya berhubung tindakan polis terhadap timbalannya, Rafizi Ramli yang dilihat sebagai satu bentuk intimidasi.
Bagaimanapun, tegas Anwar, seandainya itu bukan intimidasi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya memulangkan telefon bimbit Rafizi selain siasatan seharusnya dijalankan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
"Isu dia apa? Isu dia adalah rasuah… LCS (kapal tempur pesisir). SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mesti ambil tindakan.
“Yang keduanya menyentuh tentang Menteri (Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad) patut tanya Latiflah… penjelasan dia, penyalahgunaan kuasa atau tidak dan bukan untuk menekan terhadap orang yang memberikan pandangan,” katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan penutup Ketua Pembangkang Simposium Perubahan Iklim 2022, di sini, hari ini.
Semalam, Acryl Sani menafikan tindakan pihak polis mengambil telefon bimbit Rafizi sebagai tindakan intimidasi, sebaliknya, merupakan sebahagian daripada proses siasatan.
Kata Acryl Sani, sebuah telefon bimbit bersama kad sim dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran yang disiasat telah diambil dan disimpan oleh pihak polis bagi proses analisis forensik digital.
BACA: Polis simpan telefon bimbit Rafizi untuk analisis forensik - Ketua Polis Negara
Tindakan tersebut, jelas beliau, sebahagian daripada proses siasatan bagi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bagi membolehkan analisis forensik digital dijalankan.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#SPRM
#Rafizi Ramli
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan