awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jika perceraian mereka yang terbaik kami reda' - Yusof Haslam

Hilmi Malik
Hilmi Malik
11/04/2023
07:55 MYT
'Jika perceraian mereka yang terbaik kami reda' - Yusof Haslam
Menurut Yusof, Puteri Sarah dan anaknya bersetuju untuk meraikan pagi Syawal bersama keluarga beliau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam mengakui beliau reda dengan keputusan anaknya, Syamsul Yusof berhubung situasi rumahtangganya selepas bersetuju menceraikan Puteri Sarah Liyana pada 18 April ini.
Ujarnya, jika perceraian merupakan keputusan yang terbaik maka beliau dan isteri, Datin Patimah Ismail terpaksa meredakan keadaan itu.
“Jika perceraian jalan terbaik, kami reda meskipun masih sayangkan Sarah," kata pengarah yang sinonim dengan filem, Maria Mariana dan Maria Mariana II itu, memetik laporan Mstar, baru-baru ini.
Yusof turut mengingatkan anaknya agar sentiasa memelihara hubungan bersama Puteri Sarah serta tidak mengabaikan zuriat mereka.
"Siapa suka dengan perceraian? Kalau boleh kami memang tak mahu mereka bercerai. Namun, Puteri Sarah lebih tahu apa yang berlaku kerana dia yang hidup dengan Syamsul. Jadi, kami terima dengan hati terbuka.
"Asalkan Syamsul bercerai dengan cara baik dan tidak ada konflik, itu sudah memadai. Lagipun, benda sudah berlaku, nak patah balik pun tak boleh.
"Jadi, doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. Saya harap selepas bercerai, hubungan Syamsul dan Puteri Sarah tidak putus serta janganlah bermusuh. Mereka kena fikir masa depan anak-anak," katanya.
Syamsul katanya masih mempunyai peranan sebagai bapa dalam menjalankan tanggungjawab membesarkan anak-anak.
“Saya pesan pada Syamsul, perlu pandai bawa diri dan jalani hidup yang telah dia pilih.
"Walau apapun yang terjadi, Puteri Sarah tetap menantu saya meskipun sudah berkahwin lain suatu hari nanti,” katanya lagi.
Ditanyai mengenai persiapan Aidilfitri, pengarah filem Sembilu itu berkata, Puteri Sarah dan anak-anaknya bersetuju untuk meraikan pagi Syawal bersama mereka.
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin menetapkan tarikh 18 April bagi Syamsul untuk melafazkan cerai terhadap isterinya itu.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baru dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.
Topic Berkaitan
#puteri sarah liyana
#Yusof Haslam
#Syamsul Yusof
#perceraian Syamsul dan Puteri Sarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan