[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Jika perjanjian antarabangsa bagus, mengapa rakyat Palestin masih dizalimi? - TMJ

Astro Awani 06/04/2019 | 16:19 MYT
TUNKU ISMAIL: Jikalau perjanjian antarabangsa ini semua bagus, apa yang sedang berlaku kepada Palestin dan rakyat Palestin tidak akan berlaku.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus mempersoalkan kewajaran memeterai perjanjian antarabangsa, selepas kerajaan Malaysia menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Menerusi akaun Twitter rasmi miliknya, Tunku Ismail menggunakan hujah keberkesanan perjanjian antarabangsa yang dipersetujui banyak negara namun kekejaman berterusan masih dialami rakyat Palestin.
“Jikalau perjanjian antarabangsa ini semua bagus, apa yang sedang berlaku kepada Palestin dan rakyat Palestin tidak akan berlaku,” kata Tunku Ismail pada Sabtu.
Tweet yang bermaksud sama juga dimuat naik dalam bahasa Inggeris.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau sebelum ini lantang mempertikai kewajaran Malaysia menyertai Statut Rom yang dikhuatiri boleh menggugat kedudukan Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi di negara ini.
Jelasnya, kerajaan Malaysia telah membelakangnya Majlis Raja-Raja dan perlembagaan apabila instrumen berkaitan ratifikasi Statut Rom ditandatangani.
Namun begitu, apabila timbul bangkangan daripada pelbagai pihak mengenainya, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbarnya pada Jumaat mengumumkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom itu.
#Majlis Raja-Raja #perjanjian antarabangsa #rakyat Palestin #Statut Rom #Tengku Mahkota Johor #TMJ #Tunku Ismail Sultan Ibrahim