MALAYSIA
Jika telefon dibuang ke laut, ertinya saya sudah ditangkap - Ardell Aryana
Ardell berkata, apabila telefon bimbit dibuang ke laut, ia menandakan semua sukarelawan telah ditawan dan komunikasi dengan dunia luar tidak lagi dapat dilakukan. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana mengakui sudah membuat persediaan sekiranya bot yang dinaikinya dalam misi Global Sumud Flotilla diserang rejim Zionis Israel.
Beliau berkata, antara tanggungjawab yang dipikul adalah melakukan rakaman langsung kecemasan atau SOS sebagai bukti keadaan sebenar yang berlaku.
“Apabila telefon dibuang ke laut, itu tanda saya sudah ditangkap,” katanya menerusi siaran langsung di TikTok pada Jumaat.
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, menjelaskan setiap sukarelawan sudah dimaklumkan mengenai prosedur yang perlu diikuti apabila berdepan ancaman keselamatan.
Katanya, rakaman kecemasan dilakukan bukan sahaja untuk menunjukkan keadaan di atas bot, malah membuktikan bahawa kapal misi bantuan tidak membawa sebarang senjata.
“Saya akan keluar dengan memakai jaket keselamatan dan terus rakam menunjukkan bahawa bot kami tiada barangan tajam. Pisau, garfu atau apa sahaja akan dikumpulkan dan dibuang ke laut. Ini adalah misi bantuan semata-mata,” ujarnya.
Beliau menegaskan, rakaman itu akan diteruskan sehingga detik kritikal apabila arahan untuk membuang telefon dikeluarkan oleh ketua misi.
“Apabila ketua arahkan ‘buang telefon kalian', saya orang terakhir akan membuang telefon. Ketika itu, rakaman secara langsung masih berjalan, memberi peluang dunia melihat siapa yang menindas siapa,” katanya.
Menurutnya, apabila telefon bimbit itu dibuang ke laut, ia menandakan semua sukarelawan telah ditawan dan komunikasi dengan dunia luar tidak lagi dapat dilakukan.
“Selepas itu, saya serahkan semuanya kepada ALLAH SWT. Jangan fikir saya tak sanggup, sebab setiap hari kita lihat saudara kita syahid. Kalau mereka boleh, kami pun kena kuat,” katanya.
Ardell berkata, walaupun risiko tinggi, beliau menegaskan apa yang berlaku tidak akan melemahkan semangat pasukan flotila untuk menembusi sekatan kejam Israel.
“Apa jadi pada kami, sama ada nampak atau tidak, saya hanya minta aib tertutup dari segi aurat. Apa pun berlaku, akan ada barisan kedua, ketiga dan seterusnya untuk cuba lagi. Insya-ALLAH, pemberani lain akan muncul,” katanya.
Aktres itu turut berkata, misi flotila kali ini adalah tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang berdepan kepungan dan penindasan sejak sekian lama.
“Ini bukanlah misi yang mudah, seperti yang semua orang tahu. Tetapi ia amanah yang kami pikul demi menyampaikan mesej keamanan dan bantuan,” katanya.
Ardell dalam masa sama merayu orang ramai supaya menyokong misi tersebut dengan doa dan kesedaran berterusan mengenai situasi di Gaza.
“Jangan risau tentang kami, kami ada Allah. Cuma saya minta kalian jangan berhenti berdoa, itu kekuatan sebenar untuk kami,” katanya.
Beliau menambah, sekiranya rakaman kecemasan berjaya disebarkan, ia akan menjadi bukti jelas terhadap kezaliman yang dilakukan Israel terhadap sukarelawan misi kemanusiaan.
Katanya, setiap langkah dalam prosedur itu sudah dilatih bagi memastikan dunia dapat menyaksikan kebenaran tanpa dimanipulasi oleh pihak yang zalim.
Misi Global Sumud Flotila menghimpunkan aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara, termasuk Malaysia, dengan tujuan menghantar bantuan terus kepada rakyat Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza. - Sinar Harian