awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jika Trump menang pilihan raya, semakin lamalah perang dagang - Tun Mahathir

Najib Aroff
Najib Aroff
03/11/2019
10:24 MYT
Jika Trump menang pilihan raya, semakin lamalah perang dagang - Tun Mahathir
Pada Jun 2018, Trump mengenakan tarif dan halangan dagangan lain ke atas barangan China bagi memaksa negara 'tembok besar' itu menghentikan -amalan dagangan tidak adil-. - Gambar fail/REUTERS
Perang dagang melibatkan dua gergasi ekonomi dunia, Amerika Syarikat dan China dijangka berlarutan sekiranya Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi dipilih menjadi Presiden pada pilihan raya Presiden AS 2020 nanti, kata Perdana Menteri.
“Setakat ini kita tidak nampak ia (perang dagang) akan berakhir namun ia akan berubah jika Donald Trump tidak dilantik semula (menjadi Presiden).
“Jika beliau dilantik semula (sebagai Presiden) mungkin kita akan saksikan perang dagang berlanjutan selama lima tahun lagi,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad kepada media selepas Sidang Kemuncak ASEAN-China di Bangkok, Thailand.
Tambah Dr Mahathir, China turut menyuarakan kebimbangan dan mahu perang dagang dihentikan.
“Kesemua pemimpin ASEAN turut bersetuju perang dagang harus dihentikan kerana ia menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
“Mereka mahukan dunia yang aman,” katanya.
Sementara itu menurut seorang pegawai kerajaan yang turut hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN-China, Dr Mahathir turut menyeru China untuk mencari penyelesaian secara baik bagi menghentikan ketidaktentuan ekonomi.
Pada Jun 2018, Trump mengenakan tarif dan halangan dagangan lain ke atas barangan China bagi memaksa negara 'tembok besar' itu menghentikan “amalan dagangan tidak adil” susulan lambakan produk murah dari China.
China pula mengambil tindakan balas dengan mengenakan tarif yang sama terhadap import AS.
Pada 1 November lepas Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memberikan lampu hijau kepada China untuk mengenakan sekatan bernilai AS$3.6 bilion terhadap barangan AS.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#ASEAN
#Bangkok
#China
#Donald Trump
#ekonomi
#Mahathir Mohamad
#perang dagang
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan