MALAYSIA
JIM bongkar sindiket penyeludupan migran "Pade Ajak" beroperasi sejak 2023
Zakaria berkata siasatan awal mendapati semua migran berkenaan ditempatkan sementara di premis berkenaan sebelum diseludup keluar melalui laluan laut tidak sah di sekitar perairan Kuala Selangor. - Foto fail
PUTRAJAYA: Sindiket penyeludupan migran dikenali sebagai "Pade Ajak" berjaya ditumpaskan menerusi siri serbuan di beberapa lokasi sekitar Kuala Selangor pada 11 Nov lepas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
Ringkasan AI
Beliau berkata hasil siasatan mendapati sindiket "Pade Ajak" telah aktif beroperasi lebih dua tahun sejak awal 2023 dengan rangkaian operasi melibatkan ejen di Malaysia dan dalang utama di Indonesia.
"Sindiket menggunakan media sosial untuk menawarkan perkhidmatan membawa masuk dan keluar migran melalui laluan tidak diwartakan, dengan bayaran antara RM1,500 hingga RM2,100 bagi setiap individu.
"Keuntungan keseluruhan sindiket dianggarkan mencecah RM504,000 hasil daripada aktiviti haram berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah premis yang dijadikan lokasi transit migran sebelum diseludup keluar ke Indonesia.
Beliau berkata premis bersebelahan kedai runcit dan kedai makan itu dilengkapi kemudahan tempat tinggal, bilik air dan dapur bagi menyembunyikan kegiatan mereka.
"Hasil serbuan membawa kepada tangkapan sembilan warga Indonesia terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 45 tahun, serta dua transporter lelaki masing-masing warga Nepal dan Indonesia yang berperanan sebagai pengangkut migran," katanya
Zakaria berkata sebuah kenderaan jenis Toyota Innova yang digunakan untuk mengangkut migran turut disita.
Beliau berkata serbuan kedua pula dilakukan di sebuah rumah teres dua tingkat berhampiran lokasi pertama, membawa kepada penahanan enam lagi migran warga Indonesia terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia 22 hingga 40 tahun.
"Turut ditahan dua penjaga rumah masing-masing seorang wanita Indonesia dan seorang lelaki Nepal serta seorang lagi lelaki Indonesia berusia 36 tahun yang disyaki dalang utama dan transporter sindiket," katanya.
Zakaria berkata siasatan awal mendapati semua migran berkenaan ditempatkan sementara di premis berkenaan sebelum diseludup keluar melalui laluan laut tidak sah di sekitar perairan Kuala Selangor.
"Kebanyakan mereka mengaku mendapatkan khidmat sindiket melalui akaun media sosial," katanya.
Beliau berkata sebuah kenderaan Perodua Alza turut dirampas bersama sejumlah wang tunai dipercayai hasil bayaran daripada beberapa migran untuk tujuan penyeludupan keluar.
Beliau berkata Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini sedang mengesan pemilik premis warga tempatan yang dipercayai bersekongkol dengan sindiket itu dengan menyewakan serta membenarkanpremisnya dijadikan pusat pengumpulan migran bagi keluar dan masuk secara haram.
"Individu berkenaan akan disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670]," katanya.
Zakaria berkata operasi itu turut menggunakan pendekatan pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang dalam kalangan golongan rentan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sindiket penyeludupan migran "Pade Ajak" berjaya ditumpaskan selepas siri serbuan di Kuala Selangor pada 11 Nov lepas, aktif sejak 2023 dengan bayaran RM1,500 hingga RM2,100 setiap individu.
- Serbuan pertama di premis transit migran menghasilkan tangkapan sembilan warga Indonesia dan transporter, manakala serbuan kedua di rumah teres dua tingkat menahan enam migran dan tiga penjaga rumah.
- Migran mendapatkan khidmat sindiket melalui media sosial, kenderaan dirampas termasuk wang tunai, JIM kesan pemilik premis tempatan bersekongkol dan sedang disiasat di bawah Akta 670.