MALAYSIA
JIM tumpaskan kegiatan pemalsuan dokumen, khidmat urut warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) membongkar kegiatan pemalsuan dokumen yang berselindung di sebalik kedai runcit dan telefon menerusi penahanan 19 warga asing dalam operasi khas di sekitar Taman Maluri, Kuala Lumpur pada Isnin lepas.
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) membongkar kegiatan pemalsuan dokumen yang berselindung di sebalik kedai runcit dan telefon menerusi penahanan 19 warga asing dalam operasi khas di sekitar Taman Maluri, Kuala Lumpur pada Isnin lepas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata dalam operasi pada 8.30 malam, JIM berjaya menahan 16 lelaki warga Bangladesh dan tiga lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 18 hingga 43 tahun.
Beliau berkata kesemua mereka dipercayai menjalankan aktiviti mengubah suai dan mencetak slip e-PLKS iaitu Pas Lawatan Kerja Sementara dengan menyasarkan warga Bangladesh dan Myanmar yang berada di Lembah Klang.
"Kegiatan ini berselindung di sebalik kedai membaiki telefon dan kedai runcit bagi mengaburi pihak berkuasa.
"Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM100 untuk mencetak slip e-PLKS yang diubah suai mengikut pasport pemiliknya yang disyaki tidak memiliki pas yang sah," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama setahun dan semakan awal mendapati dua daripada lelaki warga Bangladesh yang ditahan tinggal lebih masa.
"Seramai 14 lelaki warganegara Bangladesh dan tiga lelaki warganegara Myanmar tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini," katanya
Beliau berkata JIM menyita wang tunai berjumlah RM11,357 yang disyaki hasil daripada aktiviti haram, slip e-PLKS, tiga naskhah pasport Bangladesh dan tiga unit komputer riba.
Turut dirampas tiga unit mesin pencetak, tiga unit kamera litar tertutup (CCTV), salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Salinan Lesen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dua unit telefon bimbit.
"Kesemua mereka dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.
"Seorang lelaki dan perempuan warga tempatan serta seorang lelaki warga Bangladesh telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," katanya.
Dalam kenyataan berasingan, Zakaria berkata JIM menahan seorang lelaki warga Thailand dan empat lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 34 tahun disyaki menjalankan khidmat urut dalam operasi di Sri Petaling, Kuala Lumpur semalam.
Semakan awal mendapati warga Thailand itu memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) manakala empat lelaki warga Myanmar tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.
"Pasukan operasi telah menyita wang tunai berjumlah RM3,101 yang disyaki hasil aktiviti haram, iklan khidmat urut dan kod QR untuk bayaran," katanya.
Zakaria berkata modus operandi mereka adalah menggunakan media sosial untuk mempromosikan perkhidmatan urutan kepada pelanggan lelaki.
"Aktiviti yang dijalankan ini juga berselindung di sebalik pusat spa yang tidak bernama dan tidak berlesen. Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM109 untuk satu jam dan dipercayai telah beroperasi sejak empat bulan yang lepas," katanya.
Beliau berkata kesemua mereka dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut dan dua lelaki warga tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA