PUTRAJAYA: Negara dijangka mampu menjimatkan sehingga RM7 bilion menjelang tahun 2030 dengan mengunakan pelet biojisim sebagai sumber tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Biojisim Kebangsaan 2023 di sini hari ini, beliau yang juga Menteri Perladangan Dan Komoditi berkata ini kerana penggunaan pelet biojisim dihasilkan daripada bahan buangan organik dikitar semula, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap import arang batu.
"Itu adalah pilihan, kita boleh hasilkan pelet dengan banyak, jadikan ia sebagai tenaga hijau, dan tidak lagi bergantung kepada arang batu," katanya dan menambah langkah itu juga diambil untuk memperkasa industri biojisim negara.
Bagaimanapun katanya perkara yang diberi penekanan adalah sama ada negara ini memiliki sumber mencukupi bagi memenuhi permintaan terhadap keperluan bahan sisa buangan organik untuk dijanakan sumber tenaga.
"Sebab itu apa yang kementerian kita (Kementerian Perladangan Dan Komoditi) buat ialah ladang hutan, kita tanam pokok yang boleh tumbuh dalam lima tahun dan kemudian kita tuai hasilnya, termasuk buluh yang efektif untuk buat arang," katanya.
Beliau turut melancarkan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023-2030 (PTBN2030) pada majlis sama, yang turut dihadiri pemain industri biojisim terdiri daripada lima sektor iaitu perladangan, pertanian, penternakan, perhutanan dan perikanan.
Beliau berkata PTBN2030 dijangka dapat meningkatkan pelaburan industri biojisim kepada RM3 bilion menjelang 2030 selain mampu menyediakan lebih 3,000 peluang pekerjaan.
Sementara itu, sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Fadillah berkata PTBN itu turut menyasarkan projek co-firing di stesen jana kuasa elektrik, iaitu pembakaran bahan api campuran antara arang batu dengan pelet biojisim.
Beliau berkata PBTN turut menyasarkan penubuhan hab biojisim bagi melaksanakan proses pengumpulan bahan mentah biijisim secara berpusat dan teratur untuk menggerakkan rantaian bekalan biojisim negara secara sistematik dan efisien.
Menurutnya hab itu dirancang dibina di 20 lokasi antaranya di Kuantan, Pahang dan Gua Musang, Kelantan.
"Sektor biojisim ini akan menjadi pemangkin kepada ekonomi negara sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta menyumbang kepada penambahan pendapatan isi rumah, khususnya kepada pekebun kecil agrikomoditi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Fadillah (tengah) melancarkan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023- 2030 semasa Majlis Persidangan Biojisim Negara 2023 hari ini. - Gambar/ Bernama
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Iran seru Asia Barat bersatu, henti serangan Israel di Syria
Negara-negara di rantau Asia Barat perlu segera bersatu bagi mengambil tindakan efektif menghentikan pencerobohan israel serta kemusnahan di Syria.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Ada sinar di Syria selepas kejatuhan rejim Assad - PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata terdapat sinar baharu di Syria.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Piala AMEC: Jurulatih Timor-Leste tak puas hati tewas kepada Harimau Malaya
Kekalahan tersebut amat mengecewakan selepas mampu beraksi baik termasuk mendahului Malaysia pada separuh masa pertama, kata Elissetche.
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.
Video tular: Pendakwah perlu berdakwah dengan ilmu, akhlak mulia - Mohd Na'im
Golongan pendakwah diingatkan agar menyampaikan dakwah dengan adab, hikmah dan akhlak mulia bagi memastikan mesej Islam diterima dengan baik oleh masyarakat.
Bas ekspres bawa 20 penumpang terbabas, terbalik di Lebuhraya PLUS
Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.