ENTERTAINMENT
Jimmy Shanley imbau ayah lemas di lombong

Bapa Jimmy maut dalam satu kejadian melibatkan kapal korek terbalik di sebuah lombong pada Ogos 1984. - Foto Instagram
TRAGEDI enam anggota bomba dan seorang remaja 17 tahun yang lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, baru-baru ini turut memberi kesan kepada pengacara, Jimmy Shanley.
Menerusi perkongsian yang dibuat di akaun Instagram miliknya, Jimmy berkata, ayahnya juga merupakan mangsa korban dalam sebuah tragedi 34 tahun lalu di sebuah lombong di Batu 13 Puchong.
"8 Ogos 1984, bermulalah saya membesar tanpa kasih sayang seorang insan bergelar ayah.
"Moga anak-anak anggota Bomba yang terkorban baru-baru ini di kawasan yang sama di Puchong membesar menjadi anak-anak yang Soleh," tulisnya yang turut menyertakan keratan akhbar kejadian yang berlaku terhadap bapanya.
Kejadian menyayat hati itu telah meragut nyawa tujuh orang termasuk bapa Jimmy yang terperangkap dalam kapal korek berkenaan dan sukar dikeluarkan kerana mangsa tersepit.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami