MALAYSIA
Jins Shamsuddin masih sihat, netizen bidas penyebar khabar angin
Gambar terbaharu Hang Nadim bersama Jins menunjukkan bapanya itu berada dalam keadaan sihat. Foto/Facebook Putera Hang Nadim
Berita kematian aktor veteran, Tan Sri Jins Shamsuddin adalah palsu.
Anak lelaki Jins, Putera Hang Nadim, 24, dalam kenyataan memberitahu bapanya masih sihat dan baharu sahaja pulang dari bercuti di Korea.
Menerusi kenyataan itu, Hang Nadim meluahkan rasa kesal kerana berita seumpama ini bukan kali pertama disebarkan.
Di laman Instagram dan Facebook, Hang Nadim turut memuat naik gambar terbaharu bersama ibu dan bapanya.
Beberapa kenyataan di laman Facebook Seniman juga menafikan berita tersebut.
Presiden Seniman, Zed Zaidi juga menyelar tindakan mereka yang menyebarkan berita palsu itu.
Pengguna laman sosial juga dilihat kecewa apabila ada sesetengah pihak dilihat seolah-olah mempermainkan isu kematian.
Jins, 80 tahun, disahkan menghidap Alzheimer pada tahun 2011.