awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JIPS siasat kematian tahanan di IPD Kuala Muda

Bernama
Bernama
08/09/2023
14:51 MYT
JIPS siasat kematian tahanan di IPD Kuala Muda
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata lelaki berusia 39 tahun itu telah ditahan semalam di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan berhubung kes dadah meninggal dunia selepas mengadu sakit ketika proses dokumentasi di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Kedah, semalam.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata lelaki berusia 39 tahun itu telah ditahan semalam di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurutnya, semasa proses dokumentasi, Orang Kena Tahan (OKT) itu mengadu sakit dan pihak IPD menghubungi pihak hospital.
"Pegawai perubatan dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, hadir dan mengesahkan kematian.
"Bedah siasat dilaksanakan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada jam 10 pagi tadi dan ujian pengesanan COVID-19 ke atas OKT adalah negatif," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Azri berkata punca kematian belum dapat disahkan (pending laboratory investigations).
"Sementara menunggu keputusan makmal, kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,"katanya.
Menurutnya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam Tahanan, JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JIPS Bukit Aman
#Azri Ahmad
#siasat kematian tahanan
#IPD Kuala Muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan