awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JK Pilihan Parlimen perlu kaji 'GLC nyamuk'

Bernama
Bernama
14/01/2019
21:14 MYT
JK Pilihan Parlimen perlu kaji 'GLC nyamuk'
MOHD SHERIFF: Terdapat banyak GLC yang terletak di bawah kementerian tertentu, oleh itu jawatankuasa pilihan berkenaan perlu mengkajinya untuk melihat sama ada kewujudannya masih wajar. - Foto BERNAMA
Bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim menyarankan agar salah sebuah jawatankuasa pilihan parlimen yang dibentuk baru-baru ini mengkaji syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menggunakan bajet kementerian untuk tujuan perniagaan.
Mohd Sheriff yang menyifatkan GLC tersebut sebagai 'GLC Nyamuk' berkata, syarikat berkenaan bergantung pada bajet kementerian yang sepatutnya digunakan untuk rakyat, setelah mereka gagal mendapatkan pinjaman bank.
"Terdapat banyak GLC yang terletak di bawah kementerian tertentu," katanya.
"Oleh itu jawatankuasa pilihan berkenaan perlu mengkaji beberapa GLC ini untuk melihat sama ada kewujudannya masih wajar," katanya dalam ceramahnya pada 'HELP University Conversation On National Issues 2019', di sini pada Isnin.
Mohd Sheriff adalah seorang daripada ahli panel sidang sehari itu berjudul "Membina Malaysia Baharu: Agenda dan Aspirasi.
Pada Disember 2018, Dewan Rakyat diberitahu mengenai penubuhan enam jawatankuasa pilihan baharu parlimen, penyusunan semula jawatankuasa sedia ada, dan penubuhan Kaukus mengenai Reform dan Tadbir Urus.
Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata enam jawatankuasa itu adalah untuk membuat pertimbangan Rang Undang-undang; mengenai Bajet; Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri; mengenai Hak dan Kesaksamaan Gender; mengenai hubungan Negeri dengan Persekutuan; dan Pelantikan Jawatan Utama Awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bajet kementerian
#GLC
#GLC nyamuk
#jawatankuasa pilihan parlimen
#Mohd Sheriff Mohd Kassim
#perniagaan
#pinjaman bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan