MALAYSIA
JKDM lepasi sasaran kutipan, rekod RM76.18 bilion pada 2025
Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, pencapaian ini membuktikan keupayaan JKDM mengurus hasil negara secara berkesan dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kejayaan membanggakan apabila merekodkan kutipan hasil bersih tertinggi pasca pandemik COVID-19, iaitu sebanyak RM76.18 bilion bagi tahun 2025.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, pencapaian ini membuktikan keupayaan JKDM mengurus hasil negara secara berkesan dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar.
Kutipan itu katanya, bukan sahaja melepasi sasaran awal RM67.25 bilion yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan, malah turut mengatasi unjuran hasil yang disemak semula dalam Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan, Belanjawan 2026 yang dibentangkan pada Oktober tahun lalu iaitu sebanyak RM73.26 bilion.
"Secara keseluruhan, prestasi ini mencatatkan lebihan RM8.93 bilion, bersamaan 113.28 peratus daripada sasaran awal. Kejayaan ini sekali gus mencerminkan kecekapan perancangan, pemantauan serta pelaksanaan strategi kutipan hasil yang dilaksanakan oleh JKDM secara berdisiplin dan berakauntabiliti.
"Lebih membanggakan, JKDM turut merekodkan peningkatan kutipan hasil melebihi RM10 bilion bagi dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2024 dan 2025.
"Pencapaian konsisten ini menzahirkan keupayaan jabatan tersebut dalam mengurus amanah negara dengan penuh tanggungjawab dan integriti.
"Selain pengurusan hasil, aspek penguatkuasaan undang-undang kekal menjadi teras utama peranan JKDM dalam melindungi kepentingan negara dan kesejahteraan masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-44 2026 di Cyberjaya pada Isnin.
Anis berkata, sepanjang tahun 2025, JKDM juga telah berjaya menggagalkan sebanyak 7,097 kes cubaan penyeludupan di seluruh negara.
Hasil penguatkuasaan tersebut menyaksikan nilai rampasan serta duti dan cukai terkorban mencecah RM1.88 bilion.
"Pendekatan penguatkuasaan berasaskan outcome yang menumpukan kepada nilai rampasan serta implikasi cukai terus dilaksanakan bagi memastikan impak yang lebih berkesan dan menyeluruh.
"Pencapaian yang dicatatkan adalah hasil usaha berpasukan yang konsisten, berdisiplin dan berintegriti," jelasnya lagi.