awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga polis, seorang awam maut dalam insiden tembakan di Sibulan, Filipina
Legacy 30 Siti Nurhaliza: Antara nostalgia, kecekalan dan cita-cita baharu tiga dekad
MAIS ingatkan umat Islam tidak sertai aktiviti, tolak sebarang cubaan normalisasi budaya LGBT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025

Bernama
Bernama
09/01/2026
13:00 MYT
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Anis Rizana berkata antara barangan rampasan pada tahun lepas termasuk rokok (2,742 kes), minuman keras (920 kes), dadah (734 kes) dan kenderaan (516 kes). - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 7,097 kes cubaan penyeludupan dan penyelewengan duti serta cukai kastam pada 2025, melibatkan sitaan pelbagai barangan termasuk barangan bercukai, dengan nilai keseluruhan mencecah RM1.88 bilion.

Ringkasan AI
  • JKDM mematahkan 7,097 kes cubaan penyeludupan dan penyelewengan duti serta cukai kastam pada 2025, dengan nilai keseluruhan melebihi RM1.88 bilion.
  • Barangan yang disita termasuk rokok, minuman keras, dadah, dan kenderaan; prestasi JKDM meningkat 15.33 peratus berbanding tahun sebelumnya.
  • JKDM menggunakan pendekatan bersepadu HI dan AI, serta melaksanakan transformasi digital dengan perolehan mesin pengimbas moden untuk meningkatkan kecekapan operasi kastam.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata antara barangan rampasan pada tahun lepas termasuk rokok (2,742 kes), minuman keras (920 kes), dadah (734 kes) dan kenderaan (516 kes).
Beliau menambah, pencapaian itu mencatat peningkatan 15.33 peratus, bersamaan RM250.71 juta berbanding RM1.63 bilion pada 2024.
"Prestasi ini mencerminkan keupayaan dan ketegasan JKDM dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara berterusan.
"Ia sekali gus melindungi hasil negara serta mengekang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan yang menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan rakyat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Bagi barangan rampasan melibatkan kenderaan, Anis Rizana berkata pelupusan dilakukan mengikut peraturan semasa dan pekeliling, termasuk melalui tender terbuka, bagi memastikan ketelusan, integriti dan menjana hasil kepada kerajaan.
"Bagi barangan rampasan melibatkan rokok dan minuman keras (RMK), JKDM ingin menegaskan bahawa komoditi tersebut tidak dijual kepada orang awam, sebaliknya dilupuskan sepenuhnya," katanya.
Anis Rizana berkata JKDM turut mengaplikasikan pendekatan bersepadu yang menggabungkan kecerdasan manusia (HI) dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan, ketepatan serta keberkesanan pelaksanaan tugas di lapangan.
"Pendekatan ini membolehkan keputusan operasi dibuat berasaskan data dan risiko di samping memanfaatkan pengalaman serta penilaian profesional pegawai kastam," katanya.
Selain itu, beliau berkata JKDM turut melangkah ke hadapan dalam agenda transformasi digital melalui perolehan 134 unit mesin pengimbas moden berkeupayaan tinggi yang dilengkapi teknologi AI.
"Mesin pengimbas ini berupaya mengenal pasti barangan yang diimbas dalam tempoh masa yang singkat sekali gus meningkatkan kecekapan serta keberkesanan operasi kastam," katanya.
Bagi memastikan operasi jabatan sentiasa berlandaskan integriti dan tatakelola yang baik, JKDM melaksanakan pusingan kerja 100 peratus bagi 2025, melebihi penetapan minimum 50 peratus oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Langkah ini bukan sahaja memperkukuh kecekapan operasi dan pengurusan sumber manusia, malah mengurangkan risiko berkaitan integriti dan tadbir urus, serta menyokong pembangunan modal insan yang mampan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan awam
#kecerdasan buatan
#minuman keras
#JKDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan