MALAYSIA
JKDM sokong pengukuhan peranan AKPS di sempadan negara
Ketua Pengarah JKDM Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata pengambilalihan secara berperingkat yang bertujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan di sempadan itu, bermula pada 1 Jan lepas di Rantau Panjang, Kelantan. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan memperkukuh kawalan keselamatan negara menerusi pelaksanaan dasar strategik yang menyaksikan fungsi pemeriksaan di pintu masuk sempadan negara diambil alih oleh Agensi Kawalan Pintu Sempadan (AKPS).
Ringkasan AI
Ketua Pengarah JKDM Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin dalam kenyataan hari ini berkata pengambilalihan secara berperingkat yang bertujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan di sempadan itu, bermula pada 1 Jan lepas di Rantau Panjang, Kelantan.
Beliau berkata ia diikuti fasa kedua melibatkan 21 pintu masuk tambahan bermula 2 Feb lepas.
"Seiring dengan pelaksanaan ini, JKDM telah melakukan pindah butir 1,053 waran perjawatan pegawai kepada AKPS, melibatkan lapan pegawai di Rantau Panjang pada 1 Jan lepas dan 1,045 pegawai di 21 pintu masuk pada 1 Okt (esok)," katanya.
Beliau berkata dengan pengambilalihan itu, AKPS kini bertanggungjawab sepenuhnya melaksanakan semua fungsi pemeriksaan di pintu masuk sempadan, merangkumi pemeriksaan ke atas pergerakan individu, kenderaan serta barangan dagangan yang sebelum ini dilaksanakan oleh JKDM.
JKDM pula, menurut Anis Rizana akan terus melaksanakan peranan sebagai agensi pemungut cukai tidak langsung utama negara di semua pintu masuk sempadan darat, laut dan udara dengan memberi tumpuan kepada fungsi teras iaitu penaksiran serta kutipan cukai.
"Pengukuhan peranan AKPS di sempadan diharapkan dapat memperkukuh usaha membanteras penyeludupan serta jenayah rentas sempadan secara lebih berkesan demi menjamin keselamatan rakyat dan memelihara kedaulatan negara.
"JKDM optimis bahawa kerjasama erat antara AKPS dan JKDM akan memastikan proses pelepasan dagangan serta pergerakan individu di sempadan berjalan lancar, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil negara dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan di pintu masuk negara," katanya.
Dalam kenyataan berlainan, AKPS memaklumkan agensi itu yakin dengan sokongan yang diberikan JKDM termasuk perjawatan pegawai sebanyak 1,045 orang di 21 pintu masuk mulai 1 Okt ini dapat memperkukuh peranan dan fungsi AKPS di pintu masuk.
"Dalam hal ini, AKPS akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan, kawalan dan keselamatan di pintu masuk negara," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, AKPS memandang ke hadapan bahawa hubungan kerjasama yang terjalin antara agensi berkenaan dengan JKDM akan terus kukuh dan bersama-sama merealisasikan hasrat kerajaan dalam mendaulatkan sempadan negara demi kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Fungsi pemeriksaan di pintu masuk sempadan kini diambil alih oleh Agensi Kawalan Pintu Sempadan (AKPS) secara berperingkat sejak 1 Jan lalu.
- JKDM telah memindahkan 1,053 waran perjawatan pegawai kepada AKPS untuk memperkukuh penguatkuasaan di 22 pintu masuk.
- JKDM kekal fokus pada kutipan cukai, manakala AKPS diberi tanggungjawab penuh kawalan sempadan bagi membanteras penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.