MALAYSIA

JKJAV mesyuarat Khamis tentukan pengunaan vaksin AstraZeneca - Khairy

Irwan Muhammad Zain 19/04/2021 | 06:58 MYT
Khiary menjelaskan mesyuarat JKJAV pada Khamis akan menentukan penggunaan vaksin AstraZeneca. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan bermesyuarat pada Khamis untuk menentukan penggunaan vaksin AstraZeneca.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menjelaskan mesyuarat JKJAV pada Khamis itu akan memutuskan perkara berkenaan.
"AstraZeneca hari Khamis. JKJAV bermesyuarat hari Khamis pagi sebab esok jadual masing-masing ada tugas.
"Jadi kita tangguhkan mesyuarat JKJAV sehingga hari Khamis," katanya dalam sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19.
Sebelum ini, isu penggunaan vaksin AstraZeneca timbul susulan data terbaharu dikemukakan Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) berkaitan pembekuan darah selepas menggunakan vaksin tersebut.
[TERKINI] Sidang media berkenaan Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan | 19 April 2021
#AstraZeneca #Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 #JKJAV #Khairy Jamaluddin #vaksin #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #COVID-19