awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKKP arah lombong henti operasi selepas pekerja maut jatuh dalam palong pengisar

Bernama
Bernama
26/09/2021
04:53 MYT
JKKP arah lombong henti operasi selepas pekerja maut jatuh dalam palong pengisar
Lelaki itu dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam mesin ketika sedang membuat pemerhatian pada mesin selepas meletakkan gris. - Foto Facebook/Muhammad Amirul Hakim
KOTA BHARU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan telah mengarahkan pemilik premis sebuah lombong di Felda Aring 5, Gua Musang untuk menghentikan semua kerja operasi pemprosesan bijih susulan kemalangan maut ke atas seorang buruh, Khamis lepas.
Pejabat Pengarah JKKP Kelantan dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepasukan pegawai penyiasat jabatan itu telah ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima berita mengenai kejadian yang berlaku pada 8.50 pagi itu.
"Kejadian berlaku selepas seorang lelaki warga Indonesia melakukan kerja-kerja rutin iaitu membersihkan mesin mencuci bijih sebelum memulakan operasi. Lelaki itu dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam mesin ketika sedang membuat pemerhatian pada mesin selepas meletakkan gris," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
"JKKP bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor.
"Untuk rekod, JKKP Kelantan telah mendakwa tiga syarikat perlombongan yang beroperasi di Aring serta mengeluarkan pelbagai kompaun atas kesalahan tidak mematuhi perundangan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja," menurut kenyataan itu.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga Indonesia Sakdan Muhammad, 36, maut selepas terjatuh kedalam palong pengisar bijih besi di sebuah lombong di Kampung Aring 5, Gua Musang.
Warga Indonesia yang baharu bekerja di lombong berkenaan dua minggu lepas itu meninggal dunia di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan parah di seluruh badan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKKP
#lombong
#henti tugas
#pekerja maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan