MALAYSIA
JKKP Johor arah siasatan dalaman insiden kematian operator kren menara
Seorang operator kren menara dilaporkan meninggal dunia ketika sedang bertugas di dalam kren di Residensi Puncak Austin di Johor Bahru, pada Jumaat lepas. - Gambar fail/JBPM
JOHOR BAHRU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor mengarahkan satu siasatan dalaman dijalankan berhubung insiden kematian seorang operator kren menara di sebuah projek pembinaan pangsapuri di Jalan Seri Austin 4, di sini Jumaat lepas.
JKKP Johor dalam kenyataan memaklumkan syarikat terlibat juga telah diarahkan untuk mengemukakan laporan siasatan dalaman itu kepada jabatan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden.
Menurut kenyataan tersebut, berdasarkan siasatan awal seorang operator kren menara ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kabin kren menara.
"Insiden ini disedari apabila signalman cuba menghubungi mangsa yang berada di atas kren menara untuk memulakan kerja namun tiada sebarang jawapan diterima.
"Mangsa kemudian diturunkan oleh anggota bomba sebelum diperiksa oleh petugas kesihatan Hospital Sultan Ismail dan disahkan meninggal dunia pada 1.15 tengah hari," kata kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook JKKP/DOSH Johor hari ini.
Menurut kenyataan itu, kren menara berkenaan didapati berada dalam keadaan free standing dengan anggaran ketinggian kira-kira 20 meter.
Kenyataan sama memaklumkan punca sebenar kematian masih belum dapat disahkan kerana keputusan bedah siasat masih belum diperoleh.
"Tindakan perundangan akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan di bawahnya.
"Di bawah akta ini, hukuman maksimum terhadap majikan ialah denda hingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, media melaporkan seorang operator kren menara dilaporkan meninggal dunia ketika sedang bertugas di dalam kren di Residensi Puncak Austin, Jalan Seri Austin 4, di sini, pada pagi Jumaat lepas.
Mangsa dikenali sebagai Muhamad Aliff Ishak, 33, dilaporkan tidak sedarkan diri di atas menara kren yang berada pada ketinggian kira-kira 45 meter.
-- BERNAMA

#Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Johor
#kematian operator kren menara
#projek pembinaan pangsapuri
#Johor Bahru