MALAYSIA
JKKP Johor siasat kejadian dua operator maut, seorang dirawat akibat terhidu gas beracun
JKKP Johor memaklumkan hasil siasatan awal mendapati insiden itu dipercayai berpunca daripada pelepasan gas beracun iaitu hidrogen sulfida di satu daripada sump pit WWTP berkenaan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Dua operator maut, manakala seorang lagi masih menerima rawatan di sebuah hospital selepas terhidu gas beracun dalam kejadian di sebuah kilang pengurusan dan rawatan sisa buangan terjadual di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sini pada 30 Sept lepas.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor menerusi kenyataan memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan yang menimpa tiga operator ditugaskan untuk mengendalikan operasi loji rawatan air sisa (WWTP) di premis berkenaan.
"Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan. Namun, dua daripada mereka disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital, manakala seorang lagi sedang menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," menurut kenyataan itu.
JKKP Johor memaklumkan hasil siasatan awal mendapati insiden itu dipercayai berpunca daripada pelepasan gas beracun iaitu hidrogen sulfida di satu daripada sump pit WWTP berkenaan.
Kejadian itu berlaku ketika mangsa terlibat bertugas pada syif 7 malam, sebelum dua daripadanya ditemukan terbaring di kawasan WWTP sekitar 9.15 malam dan seorang lagi rebah ketika ingin memberikan bantuan selepas mengalami sesak nafas.
"Seorang lagi pekerja yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian, menyedari situasi itu dan mendapati tiga pekerja terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri, lalu memaklumkan kepada pengurusan kilang untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.
Susulan itu, JKKP Johor memaklumkan dua notis larangan dan tiga notis pembaikan berkaitan aktiviti kerja WWTP kilang serta arahan penutupan keseluruhan lokasi kemalangan di kilang itu telah dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.
"Jabatan memandang serius terhadap setiap kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan menasihati majikan supaya lebih cakna terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja," menurut kenyataan itu.
Majikan turut dinasihatkan supaya menjalankan penaksiran risiko bagi setiap aktiviti pekerjaan dan mengambil langkah-langkah kawalan.
Pada 30 Sept lepas, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menjalankan operasi susulan insiden pencemaran bau kimia di sebuah kilang di Jalan Platinum di sini, yang melibatkan tiga mangsa.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Johor, panggilan kecemasan diterima pada 11.11 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang bersama unit HAZMAT BBP Larkin digerakkan sejauh tiga kilometer dan tiba di lokasi pada 11.16 malam.
Jabatan itu bagaimanapun memaklumkan maklumat terperinci mengenai mangsa tidak dapat diperoleh kerana telah dibawa oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.
-- BERNAMA