SHAH ALAM: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor mengeluarkan Notis Pembaikan terhadap sebuah pusat alat ganti kereta di kawasan perindustrian Hicom-Glenmarie, di sini berikutan kejadian kematian seorang pekerja yang disyaki terjatuh dari tangga di premis pusat berkenaan pada 20 Jan lepas.
Pejabat Pengarah JKKP Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepasukan pegawai penyiasat telah dikerah menjalankan siasatan selepas menerima maklumat mengenai kejadian pada 3.55 petang itu, yang melibatkan pekerja lelaki berumur 56 tahun, yang cedera di kepala akibat kejadian.
Menurutnya siasatan awal mendapati lelaki itu sedang menjalankan rondaan apabila dia mengesan lampu kalimantang rosak di premis itu, dan dia dikatakan cuba untuk menukar lampu berkenaan dengan memanjat tangga jenis A-frame secara berseorangan, susulan rakannya bercuti sakit.
"Bagaimanapun lelaki berkenaan disyaki terjatuh dari ketinggian 3.4 meter ketika hendak memasang penutup (cover) lampu," menurut kenyataan itu.
Lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke hospital untuk dirawat dan menjalani pembedahan di kepala, namun disahkan meninggal dunia pada 8 Feb lepas sekitar pukul 12.14 malam.
Menurut JKKP Selangor siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan, dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
"JKKP Selangor akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
"Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja dan bertanggungjawab untuk mengenal pasti bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko serta mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023
JKKP Selangor mengeluarkan Notis Pembaikan terhadap sebuah pusat alat ganti kereta di kawasan perindustrian Hicom-Glenmarie, berikutan kejadian kematian seorang pekerja yang disyaki terjatuh dari tangga di premis pusat berkenaan pada 20 Jan lepas.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
#AWANIRingkas 21 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi 21 September 2024
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan industri pelancongan kepada Wilayah Persekutuan
AWANI Pagi 7.30 pagi akan bersama Datuk Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, akan mengulas berhubung senario industri pelancongan di Wilayah Persekutuan serta strategi yang dilaksanakan dalam meningkatkan industri pelancongan di kawasan itu.
Perkembangan banjir di Kedah
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus meningkat setakat 6 pagi tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat.
UNGA 79: Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia
Menteri Luar Mohamad Hasan akan menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme, keamanan dan kerjasama antarabangsa di tengah cabaran global.
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Dua penduduk Gaza cedera dalam serangan udara rejim Zionis
Dua penduduk Gaza menjadi mangsa kekejaman Zionis apabila cedera dalam satu serangan udara di kawasan kejiranan Zeitoun, Gaza.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
JKKP Selangor keluar Notis Pembaikan susulan kejadian pekerja maut disyaki jatuh tangga
Ia berikutan kejadian kematian seorang pekerja yang disyaki terjatuh dari tangga di premis pusat berkenaan pada 20 Jan lepas.