NATIONAL
JKKP siasat insiden juruteknik jatuh ketinggian 40 meter di Langkawi
ALOR SETAR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) telah menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang, Khamis lepas.
Ringkasan AI
- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) sedang menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik yang terjatuh dari ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang.
- Syarikat Langkawi Skywalk Sdn Bhd, yang mengendalikan Eagle's Nest Skywalk Langkawi, mengesahkan bahawa mereka mematuhi prosedur keselamatan dan memberi kerjasama penuh dalam siasatan tersebut.
- Langkawi Skywalk menegaskan bahawa kawasan kemalangan bukan kawasan kunjungan awam dan lantai kaca untuk pelawat berada dalam keadaan selamat.
- Syarikat juga memastikan kebajikan mangsa dan keluarganya tidak diabaikan.
"Untuk butiran hasil siasatan penuh, pihak kami serahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan," menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan sama Langkawi Skywalk memaklumkan kawasan kemalangan bukan kawasan kunjungan awam dan menegaskan kawasan lantai kaca untuk kunjungan awam atau pelawat berada dalam keadaan selamat serta tidak terjejas.
Syarikat itu turut mengesahkan mangsa, Khairul Nizam Jaffar, 41, adalah petugas syarikat itu sebagai juruteknik elektrik.
"Untuk makluman, pihak syarikat tidak mengabaikan kebajikan mangsa dan keluarga beliau dan akan dibantu mengikut saluran sedia ada," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang juruteknik maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 40 meter di lereng Gunung Machinchang di Langkawi dalam kejadian pada 12.15 tengah hari, Khamis lepas.
Mangsa dilaporkan terjatuh ketika berada di besi penahan dek kaca di pusat tarikan pelancong Eagle's Nest Skywalk Langkawi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami