KANGAR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis sedang mengesan waris dan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki kini berusia kira-kira empat tahun, yang ditinggalkan kepada seorang wanita di hadapan pusat beli belah BJ Court Pulau Pinang, pada 2017.
JKM Perlis dalam kenyataan memaklumkan seorang wanita telah meninggalkan kanak-kanak itu ketika dia berusia lingkungan dua hingga tiga bulan kepada seorang wanita lain bernama Hafiza Ezab pada 5 Julai 2017 di hadapan pusat beli belah tersebut.
Menurut JKM Perlis wanita berkenaan meminta Hafiza menjaga kanak-kanak itu sebentar sementara menunggu ibu kandungnya datang untuk mengambil anaknya, namun setelah beberapa ketika, tiada sesiapa yang datang menuntut kanak-kanak itu dan dia kini dijaga oleh ibu kepada Hafiza yang tinggal di Perlis sebagai anak angkat.
"Sehingga kini ibu kandung kanak-kanak itu terus menghilangkan diri dan gagal dikesan. Kanak-kanak itu juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Jelas JKM Perlis, pencarian ibu kandung atau waris dibuat bagi membantu urusan penempatan dan penjagaan terbaik bagi kanak-kanak itu yang akan ditentukan oleh Mahkamah Kanak-Kanak.
"Ibu kandung atau waris kanak-kanak ini diminta tampil menghubungi Pelindung JKM Perlis Isma Liza Mohd Isa dengan menelefon 04-9731926 atau 04-9731967 bagi membincangkan hal penjagaan kanak-kanak itu," menurut JKM Perlis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
Pencarian ibu kandung atau waris kanak-kanak itu dibuat bagi membantu urusan penempatan dan penjagaan terbaik untuknya yang akan ditentukan oleh Mahkamah Kanak-Kanak. - Facebook/ JKM Perlis
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Ketua Audit Negara dedah kelemahan MAIPs, JKM Perlis
Kelemahan pengurusan kewangan dan ketidakcekapan tadbir urus jabatan dan agensi di Perlis didedahkan pada Isnin.