awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas

Bernama
Bernama
21/05/2023
13:05 MYT
JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
JKM Kelantan peruntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi menampung keperluan perbelanjaan 9,034 warga emas berusia 60 tahun ke atas di seluruh negeri setiap bulan. - Gambar hiasan
PASIR PUTEH: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta, bagi menampung keperluan perbelanjaan 9,034 warga emas berusia 60 tahun ke atas di seluruh negeri ini setiap bulan.
Pengarah JKM Negeri Said Sidup berkata, jabatannya juga turut membelanjakan lebih RM1.3 juta sebulan, bagi membantu pesakit terlantar menerusi pemberian bantuan RM500 sebulan melalui penjaga masing-masing.
"Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.
"Selain itu, JKM juga memberi kursus dan latihan mengurus pesakit terlantar kepada 274 sukarelawan JKM, penjaga pesakit dan warisnya dengan kerjasama St. John Ambulans dan agensi kesihatan yang berkaitan," katanya selepas merasmikan penutup Kursus Komuniti Home Nursing Care St. John Ambulans di Pusat Latihan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sini hari ini.
Said berkata jumlah 274 sukarelawan itu termasuklah bagi merawat lebih 3,000 pesakit terlantar di rumah masing-masing.
"Sebilangan besar penjaga pesakit itu, tidak mempunyai kepakaran untuk merawat termasuk bagi kes akibat serangan strok dan kemalangan jalan raya.
"Pendedahan ini melibatkan kaedah pemberian ubat dan mengamalkan senaman mengikut kaedah yang betul, supaya mereka cepat sembuh," katanya.
Said berkata usaha itu sudah bermula sejak 2019, tetapi tertangguh seketika akibat ancaman COVID-19 dan kini disambung semula.
Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, bagi menjayakan kursus berkenaan yang membabitkan 10 jajahan di Kelantan.
Beliau berkata sehingga ini, tujuh Jajahan sudah pun diberi pendedahan mengenainya kecuali Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, yang akan dilakukan dalam tempoh terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jkm
#warga emas
#Kelantan
#penjagaan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan