awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM kesan ahli keluarga lain mangsa rogol, pukul bapa sendiri

Sinar Harian
Sinar Harian
28/01/2024
09:55 MYT
JKM kesan ahli keluarga lain mangsa rogol, pukul bapa sendiri
Mangsa masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah. - Gambar hiasan
REMBAU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ahli keluarga yang lain bagi mangsa rogol dan pukul bapa kandung di Kendong dekat sini.
Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, tindakan itu bagi menentukan kesesuaian penempatan remaja perempuan berusia 17 tahun itu selepas ini.
"Bagaimanapun perancangan JKM ialah jika tiada ahli keluarga yang mampu menjaganya, kanak-kanak itu akan ditempatkan di institusi JKM bagi tujuan perlindungan dan penjagaan.
"Selain itu, JKM akan menyusul dengan sesi kaunseling bagi membantu kanak-kanak tersebut mengatasi trauma yang dihadapi dan kami juga akan memastikan kanak-kanak ini menyambung persekolahan walau di mana penempatan beliau kelak," katanya pada Ahad.
Dalam pada itu, Rosnah berkata, mangsa kini masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah dan dilaporkan berada dalam keadaan baik setakat ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, reman suspek yang tamat semalam kini dilanjutkan selama lima hari sehingga 1 Februari ini bagi membantu siasatan.
Pada 24 Januari lalu, media melaporkan seorang remaja perempuan dipukul teruk oleh bapanya menggunakan pelbagai objek sehingga mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tampin. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mangsa rogol
#rogol anak kandung
#Rembau
#hasil siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan