awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM kesan waris bayi dibuang dalam tong sampah di Klebang

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2023
07:26 MYT
JKM kesan waris bayi dibuang dalam tong sampah di Klebang
Bayi yang baru dilahirkan dalam keadaan masih bertali pusat itu ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris bayi perempuan yang ditinggalkan dalam tong sampah berhampiran Flat Langkawi, Pantai Emas Klebang di sini, pada bulan lalu.
JKM menerusi satu kenyataan memaklumkan, bayi yang baru dilahirkan dalam keadaan masih bertali pusat itu ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
"Bayi itu telah diselamatkan seperti mana peruntukan Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-kanak 2001 dan menjalani pemeriksaan serta rawatan di Hospital Melaka.
"Sekiranya tidak ada waris, JKM akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menempatkan bayi itu di institut JKM atau diserahkan kepada orang yang layak dan sesuai," katanya pada Isnin.
Sehubungan itu waris diminta tampil atau menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Siti Aishah Mohd Noor di talian 06-3333333.
Media sebelum ini melaporkan seorang bayi yang masih bertali pusat dan uri dijumpai seorang pesara dalam keadaan berbalut tuala kira-kira jam10.30 malam pada 20 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dipetik berkata, sebelum itu, anak lelaki pesara terbabit yang berusia 18 tahun mendengar suara mencurigakan dari dalam tong sampah ketika melalui kawasan tersebut lalu pulang ke rumahnya di Taman Pantai Emas untuk memaklumkan kepada bapanya.
"Beliau kemudian membawa plastik putih berisi bayi berkenaan ke Balai Polis Batang Tiga kira-kira 10.50 malam," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jkm
#buang bayi
#tong sampah
#kesan waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan