awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM Melaka kenal pasti 138 PPS sedia diaktif sekiranya banjir

Bernama
Bernama
21/09/2022
13:45 MYT
JKM Melaka kenal pasti 138 PPS sedia diaktif sekiranya banjir
PPS di tiga daerah di Melaka itu berupaya menampung kira-kira 35,633 mangsa pada satu-satu masa. - Gambar fail/Astro AWANI
ALOR GAJAH: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka mengenal pasti dan sedia mengaktifkan 138 pusat pemindahan sementara (PPS) sebagai persiapan menghadapi kemungkinan berlakunya banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut tahun ini
Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Nordin berkata PPS di tiga daerah di Melaka itu berupaya menampung kira-kira 35,633 mangsa pada satu-satu masa.
"PPS ini memenuhi tahap piawaian yang telah ditetapkan iaitu ruang atau kapasiti yang mencukupi termasuk susun atur untuk tempat tidur, ruang makan, ruang solat selain mempunyai kemudahan asas seperti air bersih, elektrik, tandas dan sebagainya.
"JKM Melaka juga telah membuat persiapan rapi dan memastikan tahap kesiapsiagaan dalam keadaan terbaik, selain menerima RM150,000 daripada kerajaan Persekutuan dan RM50,000 daripada kerajaan negeri untuk pembelian barangan keperluan asas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Sesi Latihan dan Simulasi Pengurusan PPS JKM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan di sini hari ini.
Kalsom berkata bagi memastikan penyampaian bantuan dan perkhidmatan berjalan lancar, penggunaan tenaga kerja optimum melibatkan 188 pegawai dan kakitangan JKM peringkat negeri serta daerah juga bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa.
"Selain itu, enam pegawai psikologi termasuk 31 pasukan sokongan psikologi (PST) bersedia memberi bimbingan serta kaunseling kepada mangsa yang memerlukan.
"JKM juga berjaya mendaftarkan seramai 265 sukarelawan yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas... sekiranya diperlukan mereka ini juga sedia ditugaskan di PPS," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#Pusat Pemindahan Sementara
#jkm
#banjir melaka
#mangsa banjir
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan