MALAYSIA
JKM mohon perintah jagaan sementara warga emas tular berkeliaran
JKM memaklumkan pihaknya bertindak segera membantu wanita yang tular di media sosial selepas dilaporkan tidak mempunyai tempat tinggal dan berkeliaran di kawasan Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur baru-baru ini. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang wanita warga emas yang uzur dan tidak mempunyai tempat tinggal akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah jagaan sementara, menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ringkasan AI
JKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan perintah itu di bawah Seksyen 3(2) Akta Orang Papa 1977 (Akta 183) untuk penempatan sementara wanita itu di Rumah Seri Kenangan (RSK) Seremban selama satu bulan.
"Sepanjang tempoh itu, JKM akan menjalankan pencarian waris, pemeriksaan kesihatan lanjut, penempatan serta kerja kes susulan bagi menentukan bentuk intervensi dan tindakan yang sesuai demi kebajikan beliau," menurut kenyataan itu.
JKM memaklumkan pihaknya bertindak segera membantu wanita yang tular di media sosial selepas dilaporkan tidak mempunyai tempat tinggal dan berkeliaran di kawasan Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut JKM, laporan diterima pada Isnin lepas dan wanita itu seorang warga tempatan diselamatkan pada hari yang sama.
"Hasil siasatan awal mendapati wanita itu berada dalam keadaan uzur dan tidak mampu berjalan sendiri, serta pergerakan beliau hanya boleh dilakukan dengan bantuan kerusi roda. Difahamkan sebelum ini, wanita itu dijaga oleh seorang rakan, namun ditinggalkan sejak minggu lepas," menurut kenyataan itu.
Bagi memastikan keselamatannya, JKM memaklumkan beliau telah dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur bagi tujuan pemeriksaan kesihatan dan keadaan kesihatannya adalah stabil.
"Walau bagaimanapun, pihak klinik tidak dapat mengesahkan status penyakit tibi yang pernah dihidapi kerana beliau adalah pesakit rawatan susulan di Institut Perubatan Respiratori (IPR)," menurut kenyataan itu.
Menurut JKM, wanita itu dibawa ke RSK untuk penjagaan sementara selama 24 jam selepas pemeriksaan dan ditempatkan secara berasingan daripada penghuni lain bagi tujuan pencegahan serta kawalan kesihatan.
JKM memaklumkan pada keesokan harinya, wanita itu dibawa ke IPR untuk pengesahan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati beliau sembuh secara klinikal, namun masih perlu menjalani rawatan susulan dari semasa ke semasa.
JKM turut menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes kebajikan melalui saluran rasmi seperti Talian Kasih 15999, WhatsApp 019-2615999, emel pro_jkm@jkm.gov.my atau hadir ke pejabat kebajikan masyarakat di negeri dan daerah yang berdekatan supaya tindakan segera dapat diambil.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang wanita warga emas yang uzur dan tidak mempunyai tempat tinggal akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah jagaan sementara di bawah Akta Orang Papa 1977, dan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan Seremban selama sebulan.
- Sepanjang tempoh penempatan, JKM akan menjalankan pencarian waris, pemeriksaan kesihatan lanjut dan penilaian intervensi yang sesuai, selepas wanita itu diselamatkan di Lorong Haji Taib dan disahkan stabil secara klinikal walaupun pernah menghidap penyakit tibi.
- JKM menyeru orang ramai menyalurkan maklumat kes kebajikan melalui saluran rasmi seperti Talian Kasih, WhatsApp, emel atau hadir ke pejabat kebajikan masyarakat terdekat bagi membolehkan tindakan segera diambil.