NATIONAL
JKM Pulau Pinang nilai keselamatan abang kanak-kanak mangsa dera
Media sebelum ini melaporkan polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan dipercayai didera. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang sedang menilai aspek keselamatan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, abang kepada murid perempuan Tahun Enam yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu bapa kandung.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Lim Siew Khim berkata remaja itu masih bersekolah di Balik Pulau, dekat sini.
"Kami masih menunggu laporan lengkap berhubung abang mangsa dan dalam masa sama Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Pulau Pinang sedang mengesan saudara mara terdekat kepada kanak-kanak perempuan itu.
"Ini adalah untuk penjagaan sementara di bawah kategori Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) kepada kanak-kanak itu yang kini menerima rawatan di sebuah hospital dan dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan lebam dan luka di belakang badan dalam kejadian di sebuah rumah di Sungai Ara, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada guru besar sekolah murid itu pada Selasa lepas.
Lim berkata pihaknya akan membuat penilaian dari semasa ke semasa terhadap kebajikan mangsa dan sebarang keputusan lanjut akan dirujuk kepada mahkamah selepas mangsa dibenarkan keluar dari hospital.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JKM Pulau Pinang sedang menilai keselamatan seorang remaja lelaki, abang kepada mangsa dera, sementara mangsa perempuan Tahun Enam dirawat di hospital dalam keadaan stabil.
- Pihak berkuasa sedang mengesan saudara terdekat untuk penjagaan sementara mangsa di bawah kategori Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).
- Sepasang suami isteri telah ditahan selepas laporan dibuat oleh guru besar sekolah mangsa, dan tindakan lanjut akan dirujuk kepada mahkamah selepas mangsa keluar hospital.