MALAYSIA
JKM siap siaga hadapi peningkatan mangsa banjir
Nancy selepas Program Ceria Kasih YKN dan Sumbangan Back to School Sesi Persekolahan 2026 hari ini. - Gambar Bernama
KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di setiap negeri berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan peningkatan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya situasi banjir semakin memburuk.
Ringkasan AI
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata kehadiran JKM di setiap daerah membolehkan tindakan bantuan dilaksanakan dengan segera sekiranya diperlukan.
"Semua pihak berkaitan telah diminta untuk bersiaga sepenuhnya bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat terus terpelihara," katanya kepada pemberita selepas Program Ceria Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Sumbangan Back to School Sesi Persekolahan 2026 di sini, hari ini.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dilaporkan telah meningkatkan amaran hujan lebat berterusan kepada peringkat jingga bagi beberapa negeri di pantai timur Semenanjung susulan luruan monsun timur laut yang melanda ketika ini hingga 18 Dis.
Dalam pada itu, Nancy berkata setakat 4.30 petang tadi sebanyak lapan PPS beroperasi di lima negeri di seluruh negara, melibatkan 219 mangsa daripada 93 keluarga.
"JKM telah mengambil tindakan segera termasuk pembukaan PPS, pendaftaran mangsa secara kendiri menerusi sistem MyIBJKM, serta pengagihan bantuan keperluan asas.
"Bekalan bantuan dilaporkan mencukupi bagi menampung keperluan semua mangsa yang ditempatkan di PPS," tambahnya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JKM di setiap negeri bersiap siaga untuk menangani peningkatan mangsa banjir di PPS sekiranya keadaan semakin teruk.
- Menteri Nancy Shukri menegaskan keperluan kesediaan semua pihak untuk menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat ketika banjir melanda.
- Sebanyak lapan PPS beroperasi di lima negeri dengan 219 mangsa dari 93 keluarga; bantuan asas mencukupi untuk semua mangsa yang ditempatkan di PPS.