awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKMMS diwujud semula, martabatkan institusi Mahkamah Syariah

Bernama
Bernama
22/06/2022
14:42 MYT
JKMMS diwujud semula, martabatkan institusi Mahkamah Syariah
Datuk Idris Ahmad berkata langkah itu diambil bagi mempertingkatkan serta memartabatkan sistem perundangan syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk mewujudkan semula Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) dan melantik 12 tokoh sebagai ahli jawatankuasa berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata langkah itu diambil bagi mempertingkatkan serta memartabatkan sistem perundangan syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata Tan Sri Othman Mustapha yang merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa itu.
"Kerajaan amat yakin dengan kewibawaan serta pengalaman luas beliau dalam pentadbiran hal ehwal Islam akan membantu usaha kerajaan untuk memperkukuh institusi kehakiman syariah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Antara tokoh lain yang turut dilantik ialah Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.
Idris berkata kerajaan yakin dengan kewibawaan mereka yang dilantik untuk berusaha, menjalankan kajian dan memberikan cadangan akan membawa kepada penambahbaikan serta transformasi institusi mahkamah syariah negara.
"Selamat menjalankan amanah ini dengan sepenuh hati demi agama, negara dan ummah. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan pedoman dalam setiap tindakan yang dilaksanakan," katanya.
Sebelum ini, dilaporkan JKMMS ditubuhkan pada Ogos 2017 setelah dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri ketika itu.
Namun, jawatankuasa tersebut dihentikan apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKMMS
#mahkamah syariah
#Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah
#tokoh
#Idris Ahmad
#Islam
#Perlembagaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan