awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKN Pahang sita 32 mesin jualan air tanpa lesen KKM

Sinar Harian
Sinar Harian
25/11/2021
03:01 MYT
JKN Pahang sita 32 mesin jualan air tanpa lesen KKM
Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, tindakan sitaan itu dilakukan di bawah Seksyen 4(1)(f) Akta Makanan 1983. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang menyita 32 mesin jualan air yang didapati beroperasi tanpa lesen Kementerian Kesihatan (KKM) di Pahang, tahun ini.
Turut dikeluarkan 21 notis Seksyen 32B dengan nilai tawaran kompaun RM42,000 kepada pemilik kerana beroperasi tanpa lesen dan melanggar Peraturan 360C(4) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, tindakan sitaan itu dilakukan di bawah Seksyen 4(1)(f) Akta Makanan 1983.
Menurutnya, berdasarkan peruntukkan Peraturan 360C(4), menjalankan operasi mesin jualan air tanpa lesen KKM satu kesalahan.
"Jika disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.
Dr Nor Azimi berkata, sehingga November tahun ini, terdapat 693 mesin jualan di seluruh Pahang.
"Daripada jumlah tersebut, 464 mesin telah berlesen manakala 229 mesin lagi dalam proses permohonan bagi mendapatkan lesen," katanya.
Tambah beliau, dalam Operasi Pelesenan Mesin Jual Air yang dijalankan serentak di negeri ini pada 23 dan 24 November lalu, sebanyak enam mesin jualan air telah disita.
"JKN Pahang turut mengeluarkan tujuh notis Seksyen 32B dengan nilai tawaran kompaun RM 14,000 kepada pemilik," katanya.
Beliau berkata, sebagai organisasi yang prihatin terhadap kepentingan orang ramai, JKN Pahang sentiasa mengutamakan keselamatan makanan dan kesihatan orang awam.
"Justeru, Operasi Pelesenan Mesin Jual Air yang dijalankan penting dalam memastikan semua mesin jual air mempunyai lesen serta mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
"Ia bagi memastikan kualiti air yang dihasilkan dan dijual kepada orang awam selamat," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#JKN
#KKM
#mesin jualan air
#kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan