awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKN Perak perjelas dakwaan warga emas ruam selepas dipaksa ambil vaksin COVID-19

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/04/2022
08:25 MYT
JKN Perak perjelas dakwaan warga emas ruam selepas dipaksa ambil vaksin COVID-19
Dr Ding berkata, warga emas itu sendiri bersetuju untuk menerima suntikan tersebut dan telah menandatangani borang persetujuan vaksinasi COVID-19.- Gambar hiasan
IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menjelaskan seorang warga emas tidak dipaksa mengambil suntikan vaksin COVID-19 sehingga dia dikatakan mengalami kesan sampingan ruam. 
 
Pengarah JKN Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, warga emas itu sendiri bersetuju untuk menerima suntikan tersebut dan telah menandatangani borang persetujuan vaksinasi COVID-19. 
 
Menurutnya, warga emas itu datang ke Klinik Kesihatan Padang Rengas pada 6 April lalu untuk rawatan susulan penyakit kronik (Dyslipidemia). 


“Semasa sesi konsultasi di bilik rawatan, Pegawai Perubatan mendapati beliau belum pernah menerima suntikan vaksinasi COVID-19. 
 
“Memandangkan beliau mempunyai masalah logistik dan sukar untuk datang ke klinik semula sekiranya terpaksa hadir untuk dos kedua, Pegawai Perubatan telah memberikan kaunseling mengenai suntikan dos tunggal vaksin CanSino. 
 
“Beliau bersetuju untuk menerima suntikan tersebut serta telah menandatangani borang persetujuan vaksinasi COVID-19 dan disuntik pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 
 
Dr Ding berkata, kira-kira jam 3 petang 8 April lalu, warga emas itu hadir semula ke Klinik Kesihatan Padang Rengas bersama seorang waris dan mengadu mengalami ruam di bahagian kiri atas dada, leher dan bahu. 
 
Ekoran dari itu, katanya, pesakit berkenaan telah dirujuk untuk rawatan lanjut di Klinik Pakar Dermatologi Hospital Taiping pada 11 April lalu. 
 
“Beliau telah menerima rawatan di Klinik Pakar Dermatologi. Pakar Dermatologi telah menjalankan pemeriksaan dan mengambil sampel bagi ujian makmal Tzanck Smear dan keputusan adalah positif. 
 
“Beliau telah disahkan menghidap penyakit Herpes Zoster atau Kayap dan telah diberikan ubat antiviral dan ubat tahan sakit,” ujarnya. 
 
Menurutnya, pesakit telah diberikan tarikh temu janji susulan di klinik pakar pada 19 Mei hadapan dan keadaannya adalah stabil serta dirawat sebagai pesakit luar. 
 
Pada 11 April lalu, tular di media sosial mengenai seorang warga emas mendapat kesan sampingan selepas mendakwa dirinya dipaksa untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 di salah sebuah klinik kesihatan di daerah Kuala Kangsar.
Topic Berkaitan
#warga emas
#vaksin
#COVID-19
#suntikan
#Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan