awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKN Perak tunggu laporan lengkap bedah siasat remaja meninggal dunia selepas vaksinasi

Bernama
Bernama
30/10/2021
22:00 MYT
JKN Perak tunggu laporan lengkap bedah siasat remaja meninggal dunia selepas vaksinasi
Bedah siasat yang dijalankan pada kira-kira pukul 3.40 petang hari kejadian mendapati terdapat penyempitan saluran paru-paru. - Gambar hiasan
IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri Perak masih menunggu laporan bedah siasat lengkap bagi mengetahui punca sebenar kematian seorang remaja lelaki sehari selepas menerima dos kedua vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat di sini pada 23 Okt lepas.
Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata kesemua sampel tisu dalam badan remaja berusia 15 tahun itu telah dihantar bagi pemeriksaan lanjut Pakar Perubatan Forensik Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun.
"Laporan bedah siasat ini dikategorikan masih belum lengkap kerana terdapat keputusan ujikaji yang belum diterima," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata bedah siasat yang dijalankan pada kira-kira pukul 3.40 petang hari kejadian (24 Okt lepas) mendapati terdapat penyempitan saluran paru-paru (Spontaneous Bronchospasm).
"Beliau juga tidak memaklumkan sebarang masalah atau komplikasi selepas menerima suntikan dos pertama. Pada 24 Okt kira-kira pukul 9.30 pagi sehari selepas suntikan vaksin, beliau ditemui dalam keadaan sesak nafas sebelum tidak menyedarkan diri di rumah," katanya.
Katanya remaja itu kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.40 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kesihatan Negeri
#COVID-19
#vaksin
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan