KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan 10 premis di daerah ini ditutup selepas tidak mencapai standard kebersihan yang ditetapkan.
Penutupan sementara selama 14 hari itu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pada masa sama sebanyak 230 notis kompaun turut dikeluarkan dengan nilaian RM42,650 atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
"Selain itu, sebanyak 178 notis kompaun dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan 32(1)(b), iaitu kegagalan pengendali makanan tidak memakai apron, kasut, penutup kepala dan sebagainya semasa mengendali makanan.
"JKNK turut mengeluarkan 31 notis di bawah Peraturan 33 iaitu berhubungan dengan kebersihan diri pengendali makanan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, 16 notis kompaun dikeluarkan bagi Peraturan 11 berkaitan kewajipan tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan, dan empat notis dikeluarkan bagi Peraturan 34 yang berhubung dengan kewajipan untuk mengekalkan premis makanan dalam keadaan bersih.
Ujarnya, sebanyak satu notis bawah Peraturan 8 telah dikeluarkan yang mana ia berhubung dengan mempamerkan perakuan pendaftaran, notis dan sebagainya dalam premis makanan.
Dr Zaini memberitahu, selain itu, produk makanan yang mempunyai kesalahan pelabelan turut dirampas dengan nilaian berjumlah RM505.
"Kami ingin menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pemunya dan pengendali makanan untuk memastikan premis mereka bersih pada setiap masa.
"Mereka yang didapati tidak mematuhi elemen-elemen penting kebersihan juga akan turut diberikan bimbingan untuk mengambil tindakan pembetulan bagi meningkatkan tahap kebersihan premis," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 19 2023

JKNK mengarahkan 10 premis di daerah ini ditutup selepas tidak mencapai standard kebersihan yang ditetapkan. -Foto Sinar Harian

Lebih 180 pelarian etnik Rohingya tiba di Acheh
Lebih 180 pelarian etnik Rohingya dilaporkan tiba di bandar Acheh pada Isnin. Mereka tiba menaiki bot dipercayai dari Myanmar dan ada antaranya dari kem pelarian di Bangladesh.

Chiang Mai catat kadar bahaya
Indeks kualiti udara di Chiang Mai, Thailand memburuk ke tahap bahaya pada Isnin. Situasi itu dilaporkan berlaku akibat pembakaran terbuka melibatkan kawasan-kawasan pertanian di wilayah itu.

Serang sambil dakap anak
Satu pergaduhan tercetus melibatkan penyokong dan pemain kejohanan bola sepak di Brazil pada Isnin. Namun kelibat seorang lelaki yang sedang mendakap seorang kanak-kanak perempuan semata-mata untuk menyerang, menarik perhatian orang ramai.

Belarus, Rusia tingkat latihan pertahanan secara agresif
Tidak lama selepas United Kingdom mengumumkan akan menyalurkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine, Belarus yang juga rakan sekutu Rusia tampil dengan latihan ketenteraan baharu pada Isnin.

Enam maut tercampak dari kereta di Tennessee
Enam individu yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja perempuan terkorban selepas tercampak dari kenderaan dalam nahas di sebuah lebuh raya di Tennessee, Amerika Syarikat pada awal pagi Ahad.

Enam terbunuh serangan berhampiran kementerian luar Kabul
Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala beberapa cedera selepas seorang pengebom berani mati melakukan serangan berhampiran kementerian luar di Kabul pada Isnin. Ia merupakan serangan kedua berhampiran kementerian itu.

Pekerja mogok, pengangkutan awam di Jerman tergendala
Perkhidmatan kereta api, kapal terbang di beberapa kawasan di Jerman tergendala selepas kesatuan pekerja melancarkan mogok besar-besaran.

KPDN terima 99 aduan bazar Ramadan - Salahuddin Ayub
Memasuki hari kelima Ramadan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menerima 99 aduan mengenai kualiti serta harga makanan yang dijual di bazar Ramadan. Walau bagaimanapun, Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan aduan mengenai kualiti makanan yang dijual di bazar merupakan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Salahuddin berkata kepada media selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah di Presint 14, Putrajaya hari ini.

PM Anwar puas hati lawatan sehari ke Kemboja, bincang pelbagai isu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja kerana berpeluang membincangkan pelbagai isu.

Raja Kemboja terima menghadap PM Anwar
Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

JKNK arah 10 premis ditutup di Kota Bharu
Penutupan sementara selama 14 hari itu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Banjir Kelantan: Perkhidmatan sokongan di Hospital Tengku Anis dihentikan
Perkhidmatan sokongan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh seperti unit Radiologi, unit Patologi dan Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) terpaksa dihentikan berikutan situasi banjir melanda hospital berk

Kelantan: Seorang mangsa banjir positif COVID-19 di PPS Sri Kiambang
Seorang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sri Kiambang, Rantau Panjang dikesan positif COVID-19 ketika menjalani ujian saringan.

Bekalan air keruh di Hospital Machang selesai berperingkat
Siasatan awal mendapati gangguan air itu berlaku pada Isnin hingga Selasa berpunca daripada masalah Loji Rawatan Air Sungai Bagan.

JKNK arah dua premis makanan ditutup 14 hari, keluar 116 notis kompaun
Dua premis tersebut diarahkan tutup maksimum 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Bekas doktor pelatih cuba bunuh diri kes lama, JKNK sedia siasat lanjut - Dr Zaini
Kes 2019 itu telah ditutup dan dianggap selesai, kerana dakwaan itu tidak dapat dibuktikan dengan jelas, namun kini ia ditularkan kembali.

Varian Delta di Pasir Puteh mungkin tersebar ke daerah berdekatan - JKNK
Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata dengan jumlah jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan buat masa ini, kemungkinan varian tersebut sudah berada dalam komuniti.

Kelantan ganti vaksin Sinovac dengan Pfizer di semua PPV mulai bulan depan
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan akan tamatkan pengagihan vaksin Sinovac di semua PPV di seluruh negeri pada akhir bulan ini dan mengantikannya dengan vaksin Pfizer.

Lelaki nyaris maut diterkam harimau belang
Kejadian jam 2 petang itu berlaku ketika mangsa, Adin Andok, 43 dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mencuci kawasan kebun ubi kayu miliknya.

Vaksin di rumah selepas proses vaksinasi di PPV selesai - Pengarah JKNK
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dijangka melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 dari rumah ke rumah menjelang September atau Oktober ini.