awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNK arah 12 premis makanan ditutup 14 hari

Bernama
Bernama
28/02/2024
07:00 MYT
JKNK arah 12 premis makanan ditutup 14 hari
74 petugas JKNK terlibat dalam operasi itu yang membabitkan pemeriksaan keatas 62 premis makanan. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Operasi Bersepadu Premis Bersih yang dilancarkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) semalam menyaksikan 12 premis makanan diarah tutup selama 14 hari di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983, selepas pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan.
Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata operasi itu memberi tumpuan kepada premis-premis makanan di sekitar Bandar Pasir Puteh, sempadan Pasir Puteh-Terengganu, jalan-jalan utama Pasir Puteh sehingga sempadan Pasir Puteh-Kota Bharu, memandangkan ia menjadi tempat tumpuan orang ramai.
Beliau berkata operasi itu turut menyaksikan 89 notis Seksyen 32B iaitu memerintahkan kehadiran di mahkamah telah dikeluarkan oleh JKNK kepada pemilik premis dan pengendali makanan, di atas pelbagai kesalahan yang berkaitan pelanggaran Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
"Antara kesalahan yang dikesan termasuklah tidak mempamerkan Perakuan Pendaftaran di premis makanan, tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan tugas am tuan punya, pemilik atau penghuni premis makanan, dan kesalahan berkaitan dengan pakaian pengendali makanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya 74 petugas JKNK terlibat dalam operasi itu yang membabitkan pemeriksaan keatas 62 premis makanan.
Sementara itu Dr Zaini berkata semua notis seksyen 32B boleh dibayar kompaun dalam tempoh masa satu bulan dari tarikh notis dikeluarkan, dan pemilik premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen-elemen penting kebersihan akan diberi bimbingan untuk mengambil tindakan pembetulan bagi meningkatkan tahap kebersihan premis mereka.
"Namun jika pemilik premis itu masih tidak mematuhi arahan tindakan pembetulan pada lawatan berikutnya, arahan penutupan premis akan dikeluarkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Operasi Bersepadu Premis Bersih
#Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
#kebersihan
#premis diarah tutup
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan