MALAYSIA
JKNK sedia buka klinik statik di PPS jika mangsa banjir melebihi 1,000 - Dr Mohd Azman
Dr Mohd Azman menegaskan bahawa klinik statik akan beroperasi 24 jam sekiranya jumlah mangsa banjir melebihi paras yang ditetapkan. - Foto BERNAMA
BACHOK: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bersedia membuka klinik statik di pusat pemindahan sementara (PPS) apabila jumlah mangsa banjir di sesebuah pusat melebihi 1,000 orang.
Ringkasan AI
Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata pada masa ini pihaknya masih menggunakan kaedah perkhidmatan rawatan dan pemeriksaan kesihatan secara bergilir mengikut keperluan dan keutamaan.
"Ini operasi standard JKNK. Klinik statik akan dibuka di PPS dan beroperasi 24 jam sekiranya jumlah mangsa melebihi 1,000 orang.
"Setakat ini, tiada keperluan untuk pembukaan klinik statik. PKD Bachok menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan kesihatan pada waktu pejabat di PPS Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan. Tiada penyakit serius dilaporkan," katanya kepada Bernama selepas melawat PPS SK Pauh Sembilan di sini.
Lawatan itu juga kunjungan rasmi pertama beliau sejak melapor diri sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.
Beliau berkata pemantauan akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan semua mangsa banjir di negeri ini menerima perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya.
Mengulas mengenai fasiliti kesihatan, Dr Mohd Azman berkata semua klinik kesihatan dan hospital di negeri ini beroperasi seperti biasa, kecuali tiga Klinik Desa (KD) di Tumpat yang terputus hubungan akibat laluan dinaiki air.
"Tiga KD terbabit ialah KD Simpangan, KD Padang Rokma dan KD Bendang Pak Yong, dan operasi ketiga-tiganya telah dipindahkan ke Klinik Kesihatan Bunohan dan Klinik Kesihatan Wakaf Bharu," katanya.
Beliau turut memaklumkan terdapat anggota kesihatan yang turut menjadi mangsa banjir, namun bilangannya kecil dan tidak menjejaskan keseluruhan operasi perkhidmatan kesihatan.
Dalam masa sama, beliau menasihati orang ramai supaya memastikan keselamatan diri dan keluarga daripada risiko seperti renjatan elektrik, lemas serta menjaga kebersihan diri termasuk pemakanan dan air minuman sepanjang musim tengkujuh.
"Ini fokus utama JKNK kerana kita tidak mahu berlakunya penularan penyakit berjangkit semasa dan selepas banjir. Pesakit penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan hipertensi juga perlu memastikan pengambilan ubat dilakukan seperti biasa ketika berada di PPS," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bersedia membuka klinik statik di pusat pemindahan sementara (PPS) apabila jumlah mangsa banjir di sesebuah pusat melebihi 1,000 orang.
- Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohd Azman Yacob, menegaskan bahawa klinik statik akan beroperasi 24 jam sekiranya jumlah mangsa banjir melebihi paras yang ditetapkan, sementara operasi standard JKNK masih dikekalkan.
- Fasiliti kesihatan di Kelantan beroperasi seperti biasa walaupun tiga Klinik Desa (KD) di Tumpat terputus hubungan akibat banjir, namun operasi dipindahkan ke Klinik Kesihatan lain untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan.