MALAYSIA
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan pekerja sebuah restoran di daerah ini yang dipercayai membasuh lebihan makanan untuk dijual semula keesokan harinya. - Foto tular/Sinar Harian
SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan pekerja sebuah restoran di daerah ini yang dipercayai membasuh lebihan makanan untuk dijual semula keesokan harinya.
Ringkasan AI
Pengarah JKNNS Dr Zuraida Mohamed berkata pihaknya dimaklumkan mengenai perkara tersebut pagi tadi dan pegawai penguat kuasa kesihatan telah ke premis itu untuk membuat pemeriksaan lanjut.
"Siasatan lanjut sedang dilakukan sekarang ini dan sebarang tindakan berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian.
"Pihak kami memandang serius mengenai perkara tersebut yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia membabitkan keselamatan dan kesihatan orang ramai," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Hari ini, tular di Facebook apabila seorang pengguna memuat naik rakaman dan gambar memaparkan seorang pekerja kedai dipercayai sedang membasuh lebihan makanan seperti ayam dan daging untuk digunakan semula keesokan harinya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) sedang menyiasat dakwaan pekerja restoran membasuh lebihan makanan untuk dijual semula keesokan harinya.
- Pengarah JKNNS, Dr Zuraida Mohamed, menegaskan siasatan sedang dijalankan dan tindakan akan diambil selepas itu.
- Kejadian ini menimbulkan kebimbangan keselamatan dan kesihatan orang ramai, dengan rakaman viral di Facebook mendapat perhatian ramai.