awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNT nafi peningkatan kes rotavirus di Terengganu

Bernama
Bernama
15/07/2024
07:40 MYT
JKNT nafi peningkatan kes rotavirus di Terengganu
Hanya dua kes dilaporkan iaitu pada 7 dan 13 Julai lalu melibatkan kanak-kanak. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan terdapat peningkatan kes rotavirus di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) seperti yang tular di laman sosial dua hari lalu.
Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata siasatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Terengganu mendapati hanya dua kes dilaporkan iaitu pada 7 dan 13 Julai lalu melibatkan kanak-kanak.
Bagaimanapun beliau berkata pesakit berkenaan berada dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan pulang setelah diberikan rawatan berkaitan.
"Terdapat dakwaan di laman sosial Facebook pada 13 Julai lalu yang mendakwa terdapat peningkatan kes rotavirus di HSNZ dan ia dibimbangi akan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang awam.
"Siasatan lanjut mendapati dua kes sahaja telah disahkan mendapat jangkitan iaitu pada minggu Epidemiologi ke-28," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut Dr Kasemani berkata rotavirus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan sistem pencernaan dan boleh berjangkit sama ada melalui makanan tercemar, sentuhan secara langsung dengan individu dijangkiti dan peralatan atau alat mainan yang tercemar.
Menurut beliau bagi pesakit dewasa, gelaja yang dialami adalah ringan berbanding kanak-kanak yang boleh menyebabkan demam, cirit-birit dan muntah teruk.
"Sehubungan itu orang awam dinasihatkan supaya sentiasa mencuci tangan selepas menggunakan tandas, menukar lampin anak dan menyediakan makanan.
"JKNT akan sentiasa memantau perkembangan terkini jangkitan rotavirus serta penyakit berjangkit lain. Di samping itu kami juga meningkatkan kesiapsiagaan dalam melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan secara berterusan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rotavirus
#terengganu
#Tular
#peningkatan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan