awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKR Kelantan kesan tiga projek sakit

Bernama
Bernama
03/02/2026
15:00 MYT
JKR Kelantan kesan tiga projek sakit
Nik Badlihisham berkata JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Kelantan akan menerima peruntukan melebihi RM6 juta tahun ini. - Gambar Research Gate
KOTA BHARU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan mengesan tiga projek sakit di negeri ini, membabitkan satu projek dalam proses penamatan kontrak, manakala dua lagi dikenakan denda akibat kelewatan.

Ringkasan AI
  • JKR Kelantan mengesan tiga projek terbengkalai di negeri, termasuk satu projek klinik bernilai RM28 juta yang akan ditamatkan akibat kontraktor gagal memenuhi jadual kerja.
  • Dua lagi projek, iaitu pembinaan dewan di Sekolah Kebangsaan Raja Abdullah, Melor, serta kerja naik taraf wad Hospital Universiti Sains Malaysia, dikenakan denda akibat kelewatan tetapi diteruskan.
  • JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Kelantan menerima peruntukan melebihi RM6 juta tahun ini untuk penyenggaraan lampu jalan, lampu isyarat, dan pemasangan lampu di kawasan berisiko kemalangan.

Pengarahnya Nik Badlihisham Nik Ismail berkata projek yang dicadangkan untuk ditamatkan ialah pembinaan Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh bernilai lebih RM28 juta selepas kontraktor gagal mencapai kemajuan ditetapkan serta tidak mematuhi jadual kerja.
Beliau berkata klinik berkenaan sepatutnya siap sepenuhnya pada 26 Okt tahun ini bagi menampung keperluan penduduk sekitar, yang kini mendapatkan perkhidmatan di Klinik Kesihatan Pendek, Salor.
Kontraktor berkenaan dikategorikan sebagai tidak tekun dan tidak teratur, justeru projek itu akan dibuka semula untuk ditawarkan kepada kontraktor lain.
"Dua lagi projek, iaitu pembinaan dewan di Sekolah Kebangsaan Raja Abdullah, Melor, serta kerja naik taraf wad Hospital Universiti Sains Malaysia masih dibenarkan diteruskan, namun dikenakan denda kerana kelewatan," katanya pada sidang media sempena Majlis Cabutan Undi Mega JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Kelantan, di sini hari ini.
Sementara itu, Nik Badlihisham berkata JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Kelantan akan menerima peruntukan melebihi RM6 juta tahun ini, termasuk RM4 juta bagi penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat serta RM2.6 juta bagi pemasangan lampu di kawasan berisiko kemalangan akibat keadaan jalan gelap.
Beliau berkata sebanyak 63 senarai kerja ditawarkan melalui cabutan undi, merangkumi 56 kerja penggantian lampu dan tujuh kerja penyenggaraan lampu isyarat, dengan 189 kontraktor elektrik mendaftar, namun 12 ditolak kerana tiada pengkhususan bidang kerja serta ketidakpatuhan Sijil Pematuhan Cukai.
Antara lokasi dikenal pasti berisiko kemalangan ialah jalan hadapan Sekolah Menengah Bukit Bunga, Jalan Gerik-Jeli, Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli, Jalan Lojing-Gua Musang dan Jalan Felda Perasu, Gua Musang, berdasarkan data polis, laporan kontraktor jajahan serta aduan penduduk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kerja Raya
#Felda
#Sijil Pematuhan Cukai
#cabutan undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan