NATIONAL

JKR Kuala Langat mohon maaf kepada Khairy susulan kemalangan, netizen komen sinis

Farhana Joni 28/12/2020 | 00:32 MYT
JKR Kuala Langat mohon maaf kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin susulan jalan berlubang di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting Selangor. -Gambar twitter @jkrkualalangat
JABATAN Kerja Raya (JKR) Kuala Langat mohon maaf kepada Khairy Jamaluddin susulan kemalangan yang menimpa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu pada Ahad.
Jabatan tersebut dalam kenyataan di Twitter memaklumkan akan mengambil tindakan segera susulan kemalangan dipercayai disebabkan jalan berlubang di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa Yang Berhormat Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan," kata JKR Kuala Langat.
Dalam status yang sama, jabatan tersebut turut mendoakan Ahli Parlimen Rembau itu agar cepat sembuh.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Status tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang turut menyuarakan keadaan jalan raya di situ.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdapat juga beberapa warga maya yang menyuarakan tidak puas hati terhadap reaksi JKR Kuala Langat itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khairy pada Ahad memuat naik hantaran di akaun Instagram peribadinya yang mengalami kecederaan akibat kemalangan selepas basikal yang ditunggangnya melanggar lubang di atas jalan menyebabkan beliau terhumban ke dalam parit.
BACA: KJ cedera langgar lubang, jatuh parit ketika berbasikal
Khairy dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di hospital berdekatan.
#Jabatan Kerja Raya #JKR #Kuala Langat #Khairy Jamaluddin #Menteri Sains Teknologi dan Inovasi #jalan berlubang #basikal #minta maaf #kemalangan