awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKR Pahang nafi Laluan Persekutuan FT12 Kuantan-Segamat dibuka

Bernama
Bernama
14/01/2024
09:14 MYT
JKR Pahang nafi Laluan Persekutuan FT12  Kuantan-Segamat dibuka
JKR Pahang dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan laluan tersebut masih ditutup seperti notis pemberitahuan penutupan jalan yang dikeluarkan oleh JKR Daerah Pekan sebelum ini. - Gambar FB JKR Pahang
KUANTAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang hari ini menafikan maklumat tular di aplikasi WhatsApp yang menyatakan Laluan Persekutuan FT12 , Kuantan - Segamat, KM72 telah dibuka dan boleh dilalui mengikut jadual kerja dikeluarkan jabatan itu.
JKR Pahang dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan laluan tersebut masih ditutup seperti notis pemberitahuan penutupan jalan yang dikeluarkan oleh JKR Daerah Pekan sebelum ini dan kerja pemasangan jambatan bailey di lokasi berlakunya runtuhan jalan masih giat dilaksanakan.
"Laluan tanah di sebelah jambatan bailey hanya dibina sementara di atas pembentung yang telah runtuh untuk melancarkan kerja-kerja di tapak dan dikhuatiri tidak selamat dilalui oleh pengguna jalan raya.
"Sehubungan itu, JKR tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang insiden yang terjadi terhadap pengguna jalan raya tersebut," menurut hantaran itu.
Selain itu, JKR akan melaporkan kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan terhadap penyebaran berita palsu berkenaan dan menasihati orang awam agar tidak mempercayai maklumat tersebut serta tidak menyebarkannya kepada orang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pihak berwajib
#JKR Pahang
#tidak selamat
#jambatan bailey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan