MALAYSIA

JKR: Pergerakan tiang punca jambatan PKNS runtuh

Astro Awani 28/02/2013 | 11:58 MYT
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata pergerakan tiang merupakan punca jambatan bertingkat milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) runtuh.

Menurut Shaziman, jambatan tersebut telah diarah tutup kepada lalulintas mulai 7 Disember 2012 hingga 31 Disember 2013.

Jambatan berdekatan Kilometer 2.4 Lingkaran Putrajaya menghala ke Lebuhraya Elite runtuh petang tadi.

Pihak polis dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook menyebut kejadian berlaku lebih kurang pukul 2.45 petang.
Jambatan Runtuh

Runtuhan jambatan berkenaan jatuh ke sebahagian lebuh raya milik PLUS yang sudah ditutup sejak November lalu kerana masalah tanah mendap.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih belum disiasat.
Jambatan Runtuh

Jurucakap PLUS memberitahu Astro Awani, satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
#jambatan runtuh #PKNS #Puchong