awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKR Sarawak pamer prestasi membanggakan dalam projek Persekutuan - Abang Johari

Bernama
Bernama
10/12/2024
15:30 MYT
JKR Sarawak pamer prestasi membanggakan dalam projek Persekutuan - Abang Johari
Abang Johari menyeru warga JKR Sarawak untuk terus mempamerkan prestasi cemerlang bagi projek infrastruktur negeri yang sedang dan akan dilaksanakan seperti pembinaan jambatan di beberapa kawasan negeri. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah membuktikan kemampuan bukan sahaja berjaya melaksanakan projek mega peringkat negeri, tetapi juga Persekutuan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata penglibatan JKR Sarawak dalam projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini menjadi antara kejayaan yang membanggakan, sekali gus meningkatkan keyakinan kerajaan pusat terhadap jabatan itu.
“Saya sangat bangga dengan prestasi JKR Sarawak sehingga saya dapat berunding dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bahawa kerajaan Persekutuan hendaklah mengiktiraf kemampuan JKR Sarawak.
“Sebagai pemimpin Sarawak, anda (warga JKR Sarawak) telah menjadi sebab untuk saya berunding dengan kerajaan Persekutuan (mengenai peruntukan dan pelaksanaan)… Sebab itu kita rasa bahawa kerja kamu di JKR lebih berat lagi kerana bukan sahaja terlibat dalam projek-projek kerajaan negeri, tetapi juga projek Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada majlis Malam Gala JKR Sarawak di sini malam tadi.
Abang Johari turut menyeru warga JKR Sarawak untuk terus mempamerkan prestasi cemerlang bagi projek infrastruktur negeri yang sedang dan akan dilaksanakan seperti pembinaan jambatan di beberapa kawasan negeri.
Dalam pada itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata JKR Sarawak perlu memastikan kesemua projek bawah RM50 juta diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan secara efisien.
“Sangat penting untuk kita menyiapkan projek-projek ini tepat pada waktunya supaya Premier Sarawak dapat memperjuangkan agar kita melaksanakan sendiri semua projek lain di Sarawak yang bernilai lebih daripada RM50 juta," katanya yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.
Pada Januari tahun lepas, Anwar memaklumkan Jemaah Menteri menyerahkan kuasa meluluskan projek-projek bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Pan Borneo
#Jabatan Kerja Raya
#prestasi cemerlang
#pembinaan jambatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan