[TERKINI] Sistem Pendidikan Malaysia Berubah Bermula 2027: Darjah Satu Umur 6, Penilaian Murid Tahun 4 & Tingkatan 3 – Ini Perkara yang Ibu Bapa WAJIB Tahu
MALAYSIA

JKR sedang periksa, siasat kejadian lubang benam di Bayan Lepas - Exco

Bernama 20/01/2026 | 14:32 MYT
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan Awam dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata pihak kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan kerja mengorek di kawasan tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Pihak berkuasa sedang menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut berhubung kejadian lubang benam di Jalan Kenyalang 1 melibatkan lorong sisi di Bayan Lepas, dekat sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan Awam dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata pihak kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan kerja mengorek di kawasan tersebut.

"Setakat ini, pihak kontraktor mendapati terdapat kebocoran air di situ dan pemeriksaan serta siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti dari mana air itu datang.

"Orang ramai diminta terus mematuhi arahan penutupan lorong sisi di kawasan tersebut kerana faktor keselamatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam Bernama melaporkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang memaklumkan Jalan Kenyalang 1 membabitkan lorong sisi di Bayan Lepas ditutup enam hari berikutan kewujudan lubang benam yang berlaku di kawasan itu.

Lubang benam tersebut membabitkan panjang 2 meter (m) dengan lebar juga 2m dan kedalaman kira-kira 1.7m.

-- BERNAMA



#lubang benam #Bayan Lepas #Jalan Kenyalang 1 #Zairil Khir Johari