NATIONAL

JLKN nafi lantik ejen tender

Bernama 15/05/2025 | 07:15 MYT
JLKN menasihatkan syarikat agar mendapatkan penjelasan daripada Unit Perolehan JLKN atau membuat laporan polis jika terdapat keraguan mengenai ejen perolehan.
KUALA LUMPUR: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak memberi kuasa atau melantik mana-mana individu atau kumpulan untuk bertindak sebagai ejen mencari pembida dalam tender kerajaan bagi pihak jabatan itu.


Ringkasan AI
  • Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak melantik mana-mana individu atau kumpulan sebagai ejen mencari pembida bagi tender kerajaan. Syarikat yang berminat perlu mengemukakan tawaran secara terus kepada kementerian atau jabatan tanpa melibatkan pihak ketiga.
  • Maklumat berkaitan tender hanya boleh diperoleh melalui portal rasmi ePerolehan. Portal ini merupakan platform utama untuk perolehan kerajaan Malaysia dan memaparkan iklan serta keputusan tender.
  • JLKN menasihatkan syarikat agar mendapatkan penjelasan daripada Unit Perolehan JLKN atau membuat laporan polis jika terdapat keraguan mengenai ejen perolehan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Perolehan JLKN melalui telefon atau e-mel.


JLKN menerusi kenyataan hari ini memaklumkan syarikat yang berminat dengan tender dikehendaki mengemukakan tawaran secara terus kepada kementerian atau jabatan tanpa penglibatan ejen atau pihak ketiga.

"Syarikat dinasihatkan mendapatkan maklumat berkaitan tender hanya melalui portal rasmi ePerolehan (https://www.eperolehan.gov.my/).

"Portal ePerolehan merupakan gerbang utama bagi perolehan kerajaan Malaysia yang memaparkan iklan dan keputusan tender," menurut kenyataan itu.

JLKN menasihatkan syarikat didatangi atau dihubungi individu atau kumpulan mendakwa menjadi ejen perolehan untuk jabatan itu supaya mendapatkan penjelasan daripada Unit Perolehan JLKN atau membuat laporan polis jika terdapat sebarang keraguan.

Pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Unit Perolehan JLKN di 03-40133642 atau melalui e-mel di shafwan@mod.gov.my.

-- BERNAMA




#Jabatan Latihan Khidmat Negara #ejen mencari pembida #ePerolehan #Unit Perolehan JLKN