awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JMM gesa polis siasat kemungkinan parti, ahli politik terlibat kartel daging

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2020
11:53 MYT
JMM gesa polis siasat kemungkinan parti, ahli politik terlibat kartel daging
Hamdan mendakwa kemungkinan itu perlu disiasat kerana ia mungkin menjadi faktor kegiatan berkenaan berleluasa selama bertahun-tahun. - Gambar/ JMM
KUALA LUMPUR:Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa polis menyiasat kemungkinan wujudnya penglibatan parti serta ahli politik yang bersekongkol dengan kartel daging sejuk beku.
Presidennya, Hamdan Salleh, mendakwa kemungkinan itu perlu disiasat kerana ia mungkin menjadi faktor kegiatan berkenaan berleluasa selama bertahun-tahun.
Dakwanya, kegiatan itu juga secara tidak langsung menghalang tertubuhnya syarikat Bumiputera di bawah kerajaan termasuk menjejaskan National Feedlot Corporation (NFC).
"Persekongkolan ini adalah satu tindakan bagi menjatuhkan NFC.
"Asas kepercayaan mengenai perkara ini, pihak JMM sedia bekerjasama dengan semua pihak berkuasa bagi pembongkaran isu ini," dakwanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Hamdan berkata, JMM berharap tindakan tegas diambil dan kertas siasatan polis dibuka dengan segera.
Sebelum ini, akhbar Sinar Harian membongkar sindiket penyeludupan daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan menggunakan logo halal.
Menurut laporan akhbar itu, taktik jahat kartel tersebut dibongkar dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor.
Topic Berkaitan
#jaringan melayu malaysia
#JMM
#kartel daging
#siasatan
#polis
#penjara
#Mahkamah Sesyen
#Bumiputera
#Hamdan Salleh
#National Feedlot Corporation
#mahkamah
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan